Isnin, 29 Julai 2013

VIDEO: Merdunya Alunan Azan Bilal Muda Amnan

Subhanallah… merdu sungguh suara Adik Amnan Sani,9, mengalunkan azan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Sesiapa yang pernah ke kota suci Mekah pasti akan rasa terimbau suasana di sana kerana gaya azannya mirip salah seorang bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla.
Khabarnya sewaktu Sheikh Ali Ahmad Mulla mengunjungi Masjid Shah Alam pada 28 Jun 2013 lalu, beliau sendiri turut mendengar alunan azan yang dikumandangkan oleh Adik Amnan.
Kalau ada yang perasan, Adik Amnan merupakan salah seorang peserta Qari Junior 2 di TV3 namun tersingkir pada 23 Julai 2013 lalu. – sumber

Selasa, 23 Julai 2013

GAMBAR: Lelaki Ditemui Mati Terikat Di Tangga

KANGAR –  Seorang lelaki ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat pada tangga yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di sebuah kebun buah-buahan di Padang Siding dekat sini, Selasa.
Mayat lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bahagian matanya turut ditutup dengan ikatan kain ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintenden Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, lokasi kejadian hanya kira-kira 20 meter dari jalan raya utama dan punca kematian sedang disiasat.
“Tiada sebarang kesan luka pada mayat mangsa. Identiti mangsa belum diketahui dan tidak dapat diketahui sama ada mangsa itu warga tempatan atau rakyat asing,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan punca kejadian. – sumber

Ahad, 21 Julai 2013

Sabtu, 20 Julai 2013

Kepala keluar cermin depan

PASUKAN penyelamat mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa.
Beijing: Seorang wanita China terselamat dalam satu kemalangan ngeri yang menyaksikan kepalanya terhempas pada cermin depan kenderaan yang dinaiki dan tersepit di dalam lubang.
Wanita yang namanya tidak didedahkan itu adalah penumpang kenderaan terbabit apabila ia merempuh belakang sebuah trak di wilayah Guanxi, selatan China.

Rempuhan itu menyebabkan wanita yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika kejadian, tercampak ke depan dan kepalanya terhantuk pada cermin. Hantukan yang kuat itu menyebabkan cermin itu pecah dan kepalanya tersepit dalam lubang terbabit.
Anggota penyelamat terpaksa mengeluarkan pemandu kereta itu yang pengsan terlebih dulu sebelum dapat menyelamatkan wanita berkenaan.

Mereka mengambil masa yang agak lama untuk memembesarkan lubang di sekitar tengkuk mangsa sebelum dia boleh dikeluarkan dengan selamat.

Dengan berlumur darah serta kelihatan pening, wanita itu diusung oleh pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital berhampiran.
Kecederaan yang dialami wanita itu dan juga teman lelakinya yang memandu kenderaan itu dikatakan tidak mengancam nyawa mereka. - sumber

Jumaat, 12 Julai 2013

Tikam anak guna gunting

Beijing: Seorang bayi lelaki bernasib kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 90 kali oleh ibunya kerana menggigit wanita terbabit ketika menyusu.
Disebabkan serangan ganas itu, Xiao Bao terpaksa menerima lebih 100 jahitan kebanyakannya di bahagian muka.
Media semalam melaporkan, Xiao tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya di Xuzhou di wilayah Jiangsu, timur China.
Mereka hidup dengan menyelongkar sampah untuk mendapatkan bahan terbuang dan yang boleh dikitar semula.
Xiao bernasib baik kerana keadaannya yang cedera parah itu diketahui seorang daripada bapa saudaranya.
Menurut media, lelaki terbabit terkejut melihat Xiao terbaring berlumuran darah di kawasan luar rumah mereka dan segera menghantarnya ke hospital.
Ibu Xiao kemudian mengaku menikam bayi berusia lapan bulan itu kerana marah apabila putingnya digigit ketika menyusukan anaknya.
Sumber polis berkata, wanita terbabit menggunakan gunting untuk menikam Xiao.
Sementara itu, penduduk setempat merayu kepada kerajaan supaya mengambil bayi itu daripada ibunya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang. Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih hak penjagaan Xiao.
Kata sumber, tiada bukti menunjukkan ibu Xiao mengalami masalah mental.
“Pihak berkuasa juga berpendapat bahawa Xiao masih boleh dijaga dua bapa saudaranya,” katanya. - sumber
sistemwebsegera.com