Rabu, 28 Ogos 2013

VIDEO: Machaaa Tunjuk Aksi Berani Mati BARING Di Landasan Kereta Api

Ini namanya berani tak kena tempat.
Disebabkan mempunyai keberanian tahap berani mati, seorang lelaki di India ini sanggup berbaring di atas landasan ketika kereta api sedang meluncur laju di bawahnya.
Mungkin dicabar oleh rakan-rakannya itu, lelaki itu tanpa ragu-ragu akan keselamatan dirinya terus sahaja beraksi di bawah landasan keretapi yang diceroboh olehnya dan juga rakan-rakan.
Hmm, macam-macam hal.
Nasib baik tiada sebarang kecelakaan yang berlaku.
Kalau ada pun, memang orang akan salahkan diri mereka sendiri kerana sendiri cari pasal.
Buat yang sudah menonton video ini, jangan pula mahu meniru aksi kamikaze lelaki ini pula ya! - sumber

Rabu, 21 Ogos 2013

fesyen tahap jamban dari jepun!!

jepun memang tak nafikan pelik-pelik sikit pesennya, bangsa mereka rajin, beretiqa, hormat orang, kalau perempuan pula, manja, ades, dikatakan jepun mengalami kemerosotan kelahiran bayi, erm, dekat sana nak dapat seks secara bebas sebebasnya no hal, tak yah kawen pun tak pe, seronok je, sampai ada mesin yang boleh berjimak di dalamnya, sampai macam tu moral orang jepun.. huhu..

ni pesen nak tunjuk barang pompuan le ni, agak-agak kalau pakai kai sini boleh buat eksiden tak? keke





ps: nak mampuih rasanya pakai camni.. kekeke..- sumber

Selasa, 20 Ogos 2013

Warga Emas Masuk Garpu Dalam Salur Kencing Untuk Naikkan Syahwatnya

CANBERRA – Doktor berjaya mengeluarkan garpu sepanjang 10 sentimeter daripada alat sulit seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun.
Lelaki itu mengaku dia memasukkan garpu berkenaan ke dalam salur kencing semata-mata untuk menaikkan syahwatnya.
Dia dimasukkan ke dalam hospital selepas mengadu berlaku pendarahan pada alat sulitnya.
Kejadian itu juga menyebabkan dia mengalami kesakitan yang amat sangat.
Dia terpaksa menanggung kesakitan selama 12 jam sebelum memberanikan diri untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Doktor kemudiannya terpaksa menggunakan forcep dan bahan pelincir untuk menarik keluar garpu berkenaan selepas pelbagai cara digunakan.
Lelaki itu kemudiannya dibenarkan pulang dan tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Dalam pada itu, Jurnal Kes Pembedahan Antarabangsa mendedahkan, jarang ditemui kes-kes melibatkan objek asing melekat pada salur kencing.
Bagaimanapun bagi bahagian badan yang lain, beberapa kes melibatkan objek asing dalam badan telah ditemui termasuk berus gigi, pensel, gelas plastik, sayur-sayuran, lintah, ular, gam dan lilin.
Dalam kes seumpama itu, doktor biasanya akan cuba mengelak untuk melakukan pembedahan sebaliknya akan mencari kaedah bagi meminimumkan kesakitan.- sumber

Isnin, 12 Ogos 2013

Gambar Senyuman Para Syuhada’

Gambar-Gambar Para Mujahidin Di Syiria Dan Mesir Yang Gugur Syahid Dengan Senyuman:








Mengapa Mereka Yang Gugur Syahid Itu Tersenyum?
Jawapan:
Firman Allah ertinya:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati,bahkan mereka itu hidup disisi Rabb-Nya dengan mendapat rezeki.Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka,dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang masih belum menyusul mereka,bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Ali Imran: 169-170)
RasuluLLah saw bersabda:
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. (Hadith Riwayat Bukhari).
“Ya Allah jadikan kami di kalangan mereka”..
Allahumma amin! - sumber

Ahad, 11 Ogos 2013

Spesies ikan suka gigit testis manusia

agensi
IKAN pacu daripada keluarga ikan piranha mempunyai gigi yang tajam.

STOCKHOLM - Golongan lelaki di Sweden diingatkan agar tidak berbogel semasa berenang selepas satu spesies ikan baharu yang ditemui di perairan negara itu cenderung menggigit testis (buah zakar) manusia.
Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan, ikan pacu bersaiz 0.21 meter daripada keluarga piranha itu ditemui oleh seorang nelayan.
Ia dijumpai di Oresund Sound, pesisir pantai di selatan Sweden pada minggu lalu.
Ikan pacu mempunyai gigi seperti manusia yang amat sesuai untuk mengunyah.
Di Papua New Guinea, ikan pacu dikenali sebagai 'Pemotong Testis' dan spesies itu dilapor menjadi punca kematian dua nelayan di situ.
Mangsa mati akibat kehilangan banyak darah selepas buah zakar mereka digigit ikan air tawar berkenaan yang mampu membesar sehingga 0.9 meter dan berat mencecah 25 kilogram - sumber

Ahad, 4 Ogos 2013

VIDEO: Wanita Mengandung Tercampak Ketika Sedang Mengisi Minyak


KEJADIAN ini berlaku di sebuah stesen minyak Caltex di Brisbane, Australia bulan lalu.
Wanita mengandung yang ‘seksi’ ini sedang mengisi minyak dalam kenderaannya.
Entah kenapa tiba-tiba pasangannya yang juga pemandu kereta itu mengambil keputusan untuk memecut kenderaan mereka ketika minyak sedang diisi.
Ini menyebabkan wanita mengandung itu ‘melambung’ kerana tersangkut pada hos minyak berkenaan.
Hos itu juga tercabut hingga menyebabkan minyak melimpah keluar.
Difahamkan pemandu itu rupanya panik apabila seorang atendan stesen minyak itu hendak memeriksa nombor plat kereta berkenaan.
Polisi stesen minyak di sana yang hanya mengambil wang daripada pelanggan setelah minyak diisi menyebabkan ada yang mengambil kesempatan untuk ‘cabut’ begitu saja selepas berbuat demikian.
Maknanya semua ini berlaku gara-gara taknak bayar minyak la tu…macam-macam hal…- sumber

Jumaat, 2 Ogos 2013

Unik" Spesis Kacukan Kuda Belang Dan Keldai Dilahirkan Di Itali







Niat bunuh diri terbantut

Changchun (China): Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.
Menurut saksi Wang Li terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.

Keadaan menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas.
Seorang saksi berkata mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang seorang wanita.

“Wanita terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.

Mereka juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik dramatik itu berakhir selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat.
WANG dapat diselamatkan apabila isterinya sempat memaut seluar dalam lelaki terbabit.
Sumber berkata Wang cuba membunuh diri kerana tertekan akibat menganggur. - sumber