Selasa, 20 Ogos 2013

Warga Emas Masuk Garpu Dalam Salur Kencing Untuk Naikkan Syahwatnya

CANBERRA – Doktor berjaya mengeluarkan garpu sepanjang 10 sentimeter daripada alat sulit seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun.
Lelaki itu mengaku dia memasukkan garpu berkenaan ke dalam salur kencing semata-mata untuk menaikkan syahwatnya.
Dia dimasukkan ke dalam hospital selepas mengadu berlaku pendarahan pada alat sulitnya.
Kejadian itu juga menyebabkan dia mengalami kesakitan yang amat sangat.
Dia terpaksa menanggung kesakitan selama 12 jam sebelum memberanikan diri untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Doktor kemudiannya terpaksa menggunakan forcep dan bahan pelincir untuk menarik keluar garpu berkenaan selepas pelbagai cara digunakan.
Lelaki itu kemudiannya dibenarkan pulang dan tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Dalam pada itu, Jurnal Kes Pembedahan Antarabangsa mendedahkan, jarang ditemui kes-kes melibatkan objek asing melekat pada salur kencing.
Bagaimanapun bagi bahagian badan yang lain, beberapa kes melibatkan objek asing dalam badan telah ditemui termasuk berus gigi, pensel, gelas plastik, sayur-sayuran, lintah, ular, gam dan lilin.
Dalam kes seumpama itu, doktor biasanya akan cuba mengelak untuk melakukan pembedahan sebaliknya akan mencari kaedah bagi meminimumkan kesakitan.- sumber
>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan