Ahad, 26 Januari 2014

Video: mat rempit nk tunjuk skill tak jadi..


Dipos oleh Vyrec.

Khamis, 9 Januari 2014

Gambar: Aksi Terlampau Celah Ampaian

Apabila perasaan malu dah tak ada, maka soal moral dicampak ke tepi.
Itulah yang berlaku pada pasangan muda yang tergamak bermesra tanpa mengira tempat seperti dalam gambar di bawah.
1
2
3
4
5
Insiden yang berlaku di China ini menunjukkan aksi sepasang kekasih yang melakukan gurauan terlampau di tempat awam iaitu di sebalik ampaian kain.
Ia dipercayai dirakam oleh penduduk flat berkenaan yang ‘berbulu’ mata melihat perlakuan mereka.
Mungkin mereka feeling macam adegan dalam filem romantik agaknya?
Yang tak tahan tu, aksi mesra diteruskan walaupun selepas seorang nyonya mengangkat kain jemuran sekaligus menampakkan perlakuan mereka.
Parah, parah.. sumber

Ahad, 5 Januari 2014

SANTAI : Lalat Bot Manusia, Lalat Yang Mengerikan

ADAKAH anda pernah mendengar tentang Lalat Bot, lalat bot dikenali sebagai lalat paling mengerikan di dunia.
Terdapat beberapa kategori lalat bot antaranya Lalat Bot Perut Kuda, Lalat Bot Hidung Kaming dan juga Lalat Bot Manusia.
Lalat Bot mempunyai sistem dan cara pembiakan yang pelik kerana ia akan menggunakan daging makhluk hidup yang lain untuk bertelur dan untuk larvanya hidup sebelum ia menjadi lalat.
Ia dikategorikan sebagai lalat yang mengerikan kerana, bukan sahaja ia menumpang untuk bertelur tetapi larva itu akan memakan daging makhluk yang ditumpang.
Di laman YouTube terdapat banyak video berkaitan telur Lalat Bot Manusia yang sudah menempel di dalam daging  dan ia memakan daging manusia itu dikeluarkan dan ia amat menyakitkan.
Untuk mengeluarkan larvanya adalah amat sukar kerana larva lalat itu mempunyai gigi yang agak tajam yang digunakan untuk mencengkam dan untuk memakan daging tempat ia menumpang untuk bertelur.
Penulis berkongsi satu video proses mengeluarkan tiga larva Lalat Bot Manusia daripada seorang individu yang digunakan lalat itu untuk bertelur dan ia berubah menjadi seperti satu jangkitan yang menyakitkan.
Individu itu mendapat jangkitan berkenaan ketika dia sekeluarga bercuti di Belize di kawasan benua Amerika Tengah.
Jadi kepada anda yang bercuti ke kawasan itu, berhati-hatilah dengan Lalat Bot Manusia yang mengerikan ini.
Jika manusia digunakan sebagai lokasi lalat ini bertelut, biasanya jangkitan akan bermula dengan pesakit diserang demam dengan suhu yang tinggi. – Mynewshub.my