Rabu, 25 September 2013
Jumaat, 20 September 2013
Sanggupkah anda memakan kuih bulan berbentuk seakan-akan punggung manusia?
Jika ya, sebuah syarikat membuat kuih bulan yang cukup terkenal di kalangan masyarakat Cina iaitu Goods of Desire telah memperkenalkan kuih bulan dengan rekaan unik itu.
Sebelum ini, rekaan kuih bulan lebih tertumpu kepada rekaan yang tradisional di mana ianya hanya berbentuk bulat dan dicop dengan tulisan cina.
Mungkin ini merupakan salah satu strategi pihak syarikat itu untuk melariskan produk mereka.
Mana tahu selepas ini rekaan mereka menjadi ‘trendsetter’ buat pengeluar kuih bulan yang lain pula kan - sumber
Khamis, 12 September 2013
Kita kalau terserempak dengan ular tedung selar atau ular senduk sudah pasti jantung akan terus berdebar kencang, dahi berpeluh-peluh dan kemudian lutut menggigil kerana takutkan ular itu.
Ular senduk dan tedung selar sememangnya terkenal dengan reputasi berbisanya yang mampu membunuh manusia dalam masa hanya beberapa minit selepas dipatuk.
Lelaki dalam video ini sememangnya sudah pakar dalam menguruskan ular kerana beliau memilih ular umpama memilih ayam di pasar tanpa sedikit pun riak bimbang bakal menjadi korban patukan ular.
Sudahlah begitu, perlakuannya selamba dengan ular-ular itu pun dicampak-campak umpama mencampak tali pinggang.
Pemeriksaan lanjut kami mendapati lelaki ini bekerja sebagai penangkap ular di sebuah lokasi pasar di Thailand di mana orang ramai membeli ular untuk meminum darahnya dipercayai mempunyai khasiat memberi kekuatan dalaman untuk lelaki.
Permintaan untuk minuman darah ular tedung selar atau senduk sememangnya tinggi di Thailand sehingga ada orang yang boleh menikmati hidup yang mewah dengan bekerja sebagai penangkap ular.
Beberapa orang yang melihat video berkenaan memberi komen yang pelbagai tetapi majoritinya kagum dengan keberanian lelaki itu memegang ular dan juga memilih ular yang akan dibeli.
Sebenarnya ular-ular yang disimpan di dalam lubang ular ini sudah dibuang taringnya yang berkeupayaan menyuntik bisa ke dalam badan si penjaga ular tu, sebab tu lah dia berani.
Ular tedung selar dan ular senduk pula masih kekal dengan tabiatnya yang marah jika kawasan diganggu dan ia akan menegakkan kepala untuk memberitahu kepada ancaman itu ia akan mematuk jika terus diganggu. - sumber
Ahad, 8 September 2013
Seorang bekas pemotong batu dari wilayah Jundiai di Brazil akan ‘berkahwin’ dengan kambing peliharaannya bernama Carmella.
Oleh sebab tiada gereja Kristian yang menerima ‘perkahwinan’ manusia dan binatang, pasangan pelik itu akan dikahwinkan di sebuah gereja dikenali sebagai Gereja Syaitan.
Menurut entri di odditycentral.com, manusia sebelum ini pernah ‘berkahwin’ dengan haiwan peliharaan mereka tetapi majlis diadakan dalam gaya santai dan hanya sebagai simbolik.
Bagi si pemotong batu ini Aparecido Castaldo, seorang duda kepada tujuh orang anak tetap mahu ‘berkahwin’ dengan kambingnya dengan satu majlis di gereja oleh seorang paderi seperti kebiasaan tetapi tiada gereja Kristian menerima dan mahu mengahwinkan mereka berdua.
Castaldo kemudian menghubungi Toninho do Diabo (Tom si Syaitan) seorang rakan lamanya yang kebetulan adalah pemuja Syaitan paling terkenal di Brazil.
‘Perkahwinan’ itu akan diadakan pada tengah malam 13 Oktober depan di Gereja Syaitan di Sao Paolo, Brazil.
“Hanya gereja kami yang menerima ‘perkahwinan’ antara manusia dan binatang kerana kami tidak mempunyai sebarang prejudis,” menurut Toninho.
Castaldo ‘jatuh cinta’ dengan kambingnya sejak dua tahun lalu, dan duda itu juga telah menerimanya sebagai ‘ibu tiri’ kepada tujuh anaknya itu yang kesemuanya akan hadir pada hari ‘perkahwinan’ itu.
Biarpun ‘perkahwinan’ mereka mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat, hubungan itu juga menarik minat beberapa aktivis kebajikan haiwan dengan kebimbangan Castaldo bakal melakukan hubungan seks dengan kambingnya.
“Apabila saya melakukan sesuatu yang salah, dia tidak boleh berkata apa-apa, dia juga tidak meminta wang untuk membeli-belah dan tidak akan mengandung, saya hanya mahukan dia sebagai teman saya yang sunyi” kata Castaldo.
Menurut Castaldo, ada satu perkara dia tidak berpuas hati dengan kambingnya itu ialah cuba untuk memakan semua benda termasuk baju ‘perkahwinan’ yang bakal dipakainya.
NOTA : Perkahwinan antara manusia dan haiwan adalah dilarang. Perkahwinan di Gereja Syaitan juga adalah sesat. Artikel ini hanya sekadar berkongsi keunikan dan keganjilan perilaku manusia lain dari seluruh dunia. -sumber
Jumaat, 6 September 2013
AKSI ibu muda yang menyusukan anaknya sambil menunggang basikal berenjin.
Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin.
Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.
Saksi berkata, wanita itumenyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal.
Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.
Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.
“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.
“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik.
Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.
Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat.
Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.
Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.
Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ - sumber
Selasa, 3 September 2013
Langgan:
Catatan (Atom)