Selasa, 31 Disember 2013

‘Dah tak boleh tukar’

SUSUK paku bersadur emas yang dimasukkan di pipi

Kuala Terengganu: “Semuanya sudah terlambat, saya kini mahu menjadi lelaki semula, tetapi alat kelamin saya perempuan, saya menyesal, sangat menyesal, tetapi sudah tiada guna,” kata Lianti (bukan nama sebenar).
Dia yang kini berusia 26 tahun sanggup berhabis lebih RM100,000 untuk melakukan pembedahan membuang kemaluan lelaki dan menggantikannya dengan kemaluan wanita semata-mata mengikut naluri kewanitaan yang ada pada dirinya sejak remaja.
Selain itu dia mengakui mahu menjadi ‘wanita’ cantik yang mampu memikat mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan wang mudah.

Kata Lianti, keputusan melakukan pembedahan jantina dibuat pada 2003 dan sanggup terbang dan tinggal di Jepun untuk pembedahan dan rawatan susulan selama sebulan.
AZMAN menunjukkan berlian yang digunakan pemakai susuk.
“Ketika itu apa yang saya fikirkan untuk menjadi wanita dan mencari duit mudah, saya ikutkan hati dan sanggup menempuh cabaran dan berhabis duit untuk mencapainya,” katanya kepada Harian Metro.

Ahad, 29 Disember 2013

Longkang tersumbat kerana ular

Ular sawa yang ditemui di dalam longkang di sebuah kilang pemprosesan makanan.

SENAI – Sekumpulan pekerja dari kilang pemprosesan makanan di Jalan Permas 9/15, Bandar Baru Permas, dekat sini terkejut apabila rutin harian mereka membersihkan longkang di sekitar kawasan kilang membawa kepada penemuan seekor ular sawa.

Pegawai Pemasaran kilang, Abu Bakar Mohd Khalid, 44 berkata, ular berkenaan ditemui pada kira-kira jam 9 pagi, semalam selepas mereka menyangka longkang berkenaan tersumbat ketika dibersihkan.“Ketika itu
sekumpulan pekerja sedang membersihkan longkang sebelum mereka mengadu longkang sukar dibersihkan mungkin kerana tersumbat.

“Selepas membuka penutup longkang, kami terkejut melihat seekor ular sawa besar di dalam longkang berkenaan,” katanya.

Katanya, mereka segera menghubungi pihak bomba dan penyelamat bagi menangkap ular berkenaan namun tidak berjaya kerana ular berkenaan berjaya menyembunyikan diri ke kawasan lebih terpencil.

“Ular berkenaan mungkin sedang bersalin kulit di situ kerana terdapat serpihan kulit yang tercabut sewaktu pihak bomba cuba menariknya keluar.

“Sebahagian operasi kilang turut ditutup kerana bimbang ular berkenaan memasuki kawasan kilang tanpa disedari,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Johor Jaya, Fadullah Ishak berkata, pihaknya bersama seorang lagi anggota mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menangkap ular berkenaan namun tidak berjaya.

“Kami turut mencurah air panas supaya ular berkenaan keluar dari tempat persembunyian namun tidak berjaya. Jadi kita terpaksa tunggu ular berkenaan keluar dari tempat persembunyian untuk menangkapnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kakitangan kilang berkenaan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak menganggu ular berkenaan sekiranya menjumpainya bagi mengelakkan sebarang risiko - sumber

Selasa, 24 Disember 2013

Bantahan Larangan Dedah Payu Dara Gagal

Rio de Janeiro – Bantahan yang diuar-uarkan secara meluas bagi mempertahankan hak untuk tampil separuh bogel di pantai bandar raya ini tidak mendapat sambutan Sabtu apabila hanya segelintir wanita yang berbuat demikian.
Lebih 100 jurugambar bersesak di pantai berpasir Ipanema apabila wanita pertama menanggalkan bahagian atas bikininya bagi sebagai membantah undang-undang itu. Hanya tiga atau empat lagi wanita menyusulinya.
“Payudara tidak berbahaya,” kata Olga Salon, 73, penduduk asal Rio sambil menanggalkan colinya.
Brazil mempunyai reputasi sebagai negara seks liberal di peringkat antarabangsa dan berbogel bukan saja boleh diterima, malah turut diamalkan ketika karnival.
Ratusan ribu warga asing yang akan mengunjungi Brazil tahun depan untuk Piala Dunia dan Olimpik dua tahun berikutnya bakal menyaksikan bikini yang mendedahkan bahagian belakang pemakainya.
Namun, mengikut kanun jenayah Brazil bertarikh 1940-an, perbuatan separuh bogel dalam kalangan wanita ialah “tindakan lucah” dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan hingga setahun atau denda.
Malah, pengkritik undang-undang mengakui beberapa individu sudah disabitkan dengan kesalahan itu.
Bantahan Sabtu lalu itu adalah kejadian terbaru dalam perdebatan mengenai bahagian tubuh yang dibenarkan didedah di pantai Rio.
Penganjur memberitahu media, langkah itu adalah reaksi terhadap insiden November lalu apabila aktres Cristina Flores dimarahi pengawal pantai selepas dia menanggalkan bajunya ketika sesi penggambaran di pantai Ipanema.
“Mereka meluru ke arah saya dan menjerit sambil mengarahkan saya memakai semula baju, seolah-olah ada bom yang akan meletup jika saya tidak mematuhi arahan,” katanya. – sumber

Ahad, 15 Disember 2013

Menarik ! Wanita Dengan Alat Sulitnya Yang Terkuat Didunia (video)

Farajj  merupakan kemaluan perempuan yang mempunyai fungsi sebagai tempat melahirkan anak  dan fungsi seksual . Setiap perempuan mempunyai bentuk dan keunikan faraj masing - masing . Salah satu yang terunik adalah Tatyana Kozhevnikova , wanita dengan faraj terkuat di dunia .

 Dikatakan mempunyai faraj terkuat kerana memang organ kelamin wanita berasal  dari Rusia ini mampu mengangkat beban sehingga 14 kg . Secara rasmi Tatyana mendapatkan gelaran dari Guinness World Record untuk ' faraj weightlifting ' .

Dan baru - baru ini , Tatyana mendedahkan rahsia bagaimana ia boleh mengangkat beban dengan menggunakan faraj dalam program ' E4 The Body Shocking Show ' . Video rakaman tersebut menunjukkan bagaimana Tatyana mampu mengangkat barbel seberat 6 kg atau setanding  dengan berat dua tembikai , hanya dengan menggunakan otot - otot di faraj . " Saya memasukkan peralatan ini . Dan kemudian anda hanya mengetatkan otot - otot faraj anda dan tahan di dalamnya , " ujar Tatyana Kozhevnikova , seperti yang dilaporkan oleh Thesun .


Jom saksikan video menarik ini 

 

 

Tatyana kemudian menyesuaikan berat Barbell dan berjaya menjaga serta mengangkat barbel tersebut ke udara dengan menggunakan organ kelaminnya . Untuk melakukan tindakan ini , Tatyana juga mempunyai barbel khusus untuk faraj . Kini Tatyana juga menjalankan sebuah laman web yang menawarkan perkhidmatan melatih wanita - wanita agar mempunyai faraj kuat sepertinya . Ia bersedia memberikan latihan yang disebutnya ' Intimate Gymnastics '- sumber 

Kek Mengerikan


 






Khamis, 12 Disember 2013

Video, Foto Mayat Perempuan Dikerat Itu Bukan Di Sibu! – Polis

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Abdullah menafikan kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita berlaku di Durin, Sibu seperti yang disebarkan oleh pengguna laman sosial Facebook semalam.
Orang ramai, khususnya penduduk Sibu diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh denga penyebaran khabar angin sebegini, malah perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.
Pemilik akaun Facebook dinasihatkan supaya tidak meletakkan sebarang gambar yang boleh menggusarkan penduduk tempatan - sumber
1464095_1445512912336619_952909538_n

Khamis, 5 Disember 2013

Bila itik melintas highway

Dipos oleh Vyrec.