Isnin, 7 April 2014

VIDEO: Anak Kurang Ajar Tendang Ibu Dalam Program TV


LUBNAN – Anak kurang ajar. Sanggup menendang ibu sendiri di hadapan penonton yang menyaksikan program yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.
Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, ditemukan dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.
Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.
 Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.
“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.
Ahmed kemudiannya mula marah dan mempertahankan bapanya.
Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.
Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.
Pada akhir program berkenaan, pengacara . Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut.
Namun program itu dikecam hebat dalam media sosial - mynewshub


Khamis, 3 April 2014

AMARAN! Jangan Jawab Nombor Telefon Ini: 03- 2178 8888


ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.
Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.
MCMC sedang menyiasat kes ini.
Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.
*Apa itu spoofing?
Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.
Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.- mynewshub