Hebat mereka ni, tak perlu guna elekrik. Hanya guna tenaga manusia sahaja untuk main kincir ni.
Khamis, 19 Jun 2014
Rabu, 11 Jun 2014
Isnin, 9 Jun 2014
Rabu, 4 Jun 2014
Ini gambar-gambar yang sedang viral di dalam Facebook.
Ada yang kata, kejadian ini berlaku di Malaysia. Tetapi lebih ramai yang berkata, kes ini berlaku di Indonesia dan tidak ada kena-mengena langsung dengan Malaysia.
Bagaimanapun, ada pula pendapat yang mengatakan, walaupun ia mungkin berlaku di Indonesia, tetapi ia juga berlaku di Malaysia sepertimana yang berlaku di Taiping dua tahun lalu. Pembaptisan dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan dibuat di kawasan-kawasan air terjun, tempat perkelahan, lata mahupun tempat mandi-manda. Tujuannya adalah untuk mengelirukan pandangan awam umat Islam.
Juga kejadian di Taiping, berlaku juga pengedaran Buku Bible kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Kes berkenaan bocor dan diketahui ramai, tetapi ada pula pihak yang tidak mahu membesar-besarkannya bagi mengelakkan masalah perkauman dan konflik keagamaan di negara ini.
Ahli Parlimen Taiping adalah NGA KOR MING yang juga merupakan salah seorang daripada pendakwah Katholik yang cukup aktif, dan seringkali apabila berceramah di pentas PAS, akan menggunakan ayat-ayat al Quran bagi menimbulkan kekaguman dan kepercayaan terhadap dirinya.
Seorang lagi pendakwah Katholik yang juga Ahli Parlimen DAP Perak adalah Ong Kian Min. Individu ini juga kerap berceramah dan menggunakan ayat-ayat al Quran selain membuat tafsiran ayat-ayat al Quran dengan sewenang-wenangnya dalam usaha mengelirukan umat Islam, khususnya yang kuat menyokong Pakatan Rakyat.
Diharapkan pihak-pihak berkuasa di Malaysia tidak memandang ringan kewujudan gambar-gambar ini serta aliran AGAMA LIBERAL dan PLURAL yang dikembangbiakkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang melihat ISLAM adalah SAMA SEPERTI AGAMA-AGAMA LAIN.
Justeru, tidak menghairankan apabila dia mengisytiharkan dia kini keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian-Yahudi.
Yang menjadi masalahnya ialah, ada ke agama Kristian-Yahudi di dunia ini? sumber
Gadis Bertudung Murtad Beramai-Ramai Di Gereja Berita PALSU
Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.
Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.
Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.
Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. - MYNEWSHUB.
Langgan:
Catatan (Atom)