Rabu, 15 Mei 2013

Wajah Hancur Digigit Anjing Jenis Pitbull

 Jika anda seorang yang tidak boleh melihat gambar-gambar ngeri, disarankan agar tidak melihat gambar yang bakal disiarkan ini.
Menurut sumber, sebahagian wajah lelaki ini hancur apabila dia digigit oleh seekor anjing liar jenis Pitbull.
Dashyat sungguh gigitan anjing itu.  Walaupun wajahnya hancur teruk, namun lelaki itu tetap bernasib baik apabila nyawanya tidak terancam disebabkan gigitan tersebut.
Dalam sebuah laporan lain, lelaki ini dikatakan cuba membunuh dirinya sendiri namun cubaannya itu gagal.
Lelaki ini juga dikatakan sempat mendapatkan bantuan ambulans untuk merawat kecederaan parah di mukanya itu.
Pengajarannya di sini, jangan sesekali cuba mengambil nyawa sendiri kerana kelak anda akan menyesal tak sudah seperti lelaki ini.





Selasa, 14 Mei 2013

Sayu,Syahdu,indah


Perompak Dibogel, Dibakar Oleh Orang Awam


Seorang wanita, Alejandra Maria Torres yang merupakan salah seorang ahli kumpulan penjahat yang mahu merompak penumpang bas di Guatemala telah berjaya ditangkap oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu.
Akibat perbuatannya itu, Torres telah dibogelkan, dipukul serta disiram dengan minyak oleh penduduk di sana dengan tujuan untuk membakar dirinya.
Walau bagaimanapun, Torres bernasib baik apabila pihak polis berjaya memadamkan api yang sedang membakar dirinya ketika itu.
Torres kemudiannya telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahannya cuba merompak manakala tiga lagi rakan subahatnya telah berjaya melarikan diri.
Kejadian orang awam mengambil tindakan sendiri dengan menghukum pesalah sering kali berlaku di Guatemala dan adakah tindakan mereka ini juga merupakan satu jenayah yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana?




<<sumber>> 


SUBHANALLAHHH..!!! INILAH SIFAT MUJAHID BUMI PALESTIN..!!!



Cuba tengok lelaki Palestin ini. Walaupun tangannya putus akibat serangan puak rejim Zionis Yahudi Israel laknatullahi 'alaihim, bibirnya begitu merdu mengalunkan Al-Quran tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami...

Begitulah sifatnya seorang mujahid Islam di akhir zaman ini. Saudara kita di Palestin dibedil dan diserang tak kira masa dan waktu. Manakala kita di Malaysia ini tidak bersyukur dengan keamanan yang kita ada. Malah ada pulak yang suka cetus huru-hara...!

Cuba tengok video kat bawah ni. Aku kagum dengan semangat jihad saudara kita ni. Frankly, sebak aku tengok penderitaan dia... cuba bayangkan kalau kita ditempat mujahid ini.. mampukah kita mengalunkan ayat Al-Quran lagi ketika itu...? 


<<sumber>>


Jumaat, 10 Mei 2013

Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri




LAHORE, Pakistan - Seramai tiga orang terjun dari Plaza LDA yang terbakar di sini semalam sebagai usaha untuk menyelamatkan diri.
Dua daripada tiga orang itu cedera selepas mereka terjun dari tingkat tujuh.
Mereka kemudian dirawat di sebuah hospital.
Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang terjun itu mati di tempat kejadian.
Lima buah jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Sejumlah orang dilaporkan terperangkap di dalam bangunan setinggi 13 tingkat itu ketika kebakaran tersebut bermula di tingkat tujuh dan lapan.
Beberapa buah helikopter turut digunakan untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terperangkap akibat kebakaran tersebut.
Empat orang terbunuh dalam kejadian itu.
Punca kejadian masih belum diketahui.

Khamis, 9 Mei 2013

Ritual Gali Kubur Dan Mandikan Rangka Nenek Moyang

Upacara kuno kaum Batak Karo mungkin kelihatan mengerikan, tetapi membasuh rangka ahli keluarga yang telah mati adalah satu tradisi yang suci dan diamalkan sejak berabad-abad lalu. Keluarga suku kembali ke kubur nenek moyang mereka untuk menghormati tulang saudara tercinta, dikebumikan di lereng bukit di utara Sumatera, Indonesia. Suku Batak Karo membersihkan rangka sebelum meletakkan dalam keranda baru dan meletakkan dalam sebuah rumah yang dibina khas tengkorak, yang dikenali sebagai geritan.











Rabu, 8 Mei 2013

SEKOLAH AGAMA KAMPUNG KUDONG BEKOK

SEKOLAH INI TELAH DIBUKA PADA 1 APRIL 2013
HANYA SEORANG GURU BESAR YANG BERTUGAS
MURID SERAMAI 18 0RANG
WAKTU SEKOLAH SESI PETANG
MENUMPANG DI BANGUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUDONG

klik <<sini>>

USTAZ NAZAM BIN MOHNI
GURU BESAR





LENCANA SEKOLAH AGAMA KAMPUNG KUDONG