Sabtu, 15 Jun 2013

Fenomena Api Hijaz – Tanda Tanda Kiamat


Penduduk yang tinggal di lingkungan kawasan al-Salam, Kota al-Hodaidah di Yaman gempar dan panik apabila api dipercayai dari dalam perut bumi muncul di kawasan mereka.
Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu (bermula 7 Jun), secara tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari perut bumi.
Kemudian wujud retakan yang memperlihatkan api dari dalam tanah muncul.
Apa yang berlaku itu adalah peringatan yang sudah diberi tahu lebih awal;
Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari RA, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim) sumber
sistemwebsegera.com

Rabu, 12 Jun 2013

KEPADA SUAMI PEMINAT GOLF, BERJAGA-JAGA!

SUBANG JAYA: Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital. 

Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya. 

Kejadian malang itu berlaku Selasa lalu, apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan. 

Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur. 
sistemwebsegera.com
Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya. 

Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya. 

Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital, katanya. 

Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ. 
Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya, katanya. 

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu. 

Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan. sumber

Ahad, 9 Jun 2013

Video - Suspek Rompakkan Kedai Emas Di Kota Bharu Menggelupur Ditembak Polis


Kota Bharu - Cubaan dua lelaki untuk melakukan rompakkan di sebuah kedai emas disini gagal setelah pihak polis berjaya menembak mati salah seorang daripada mereka. Bagaimanapun seorang lagi  suspek berjaya meloloskan diri. 

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Jalan Temenggong jam 11 pagi tadi menyaksikan dua lelaki yang sedang merompak kedai emas terserempak dengan anggota polis yang secara kebetulan meronda disekitar itu.

Menyedari kehadiran  anggota polis, kedua-dua suspek itu bertindak melarikan diri di lorong bersebelahan kedai sebelum polis mengejarnya dan berjaya melepaskan tembakan yang mengenai pada bahagian paha  salah seorang dari suspek.

Suspek yang rebah terkena tembakan itu dilihat meronta-ronta menahan kesakitan dan kemudiannya maut ditempat kejadian sejurus tibanya Ambulance.

Sementara seorang lagi rakan suspek berjaya melarikan diri, setakat ini pihak polis masih belum  lagi mengesahkan   mengenai kejadian tersebut.- sumber


Jumaat, 7 Jun 2013

Nenek panjat pokok kelapa

Kuala Kangsar: Seorang warga emas layak digelar ‘nenek kental’ apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu, bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.
Zabedah Mansor, 59, ibu tunggal yang menetap di Kampung Kubang Pekan, di sini, menggunakan kudratnya mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.
Bukan itu saja, wanita yang sudah mempunyai tiga cucu itu juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah. “Ia sekali gus menolak anggapan pekerjaan memanjat pokok berkenaan hanya untuk kaum lelaki saja,” katanya.

Menurut Zabedah, kelapa yang dipungutnya dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap.


“Sebenarnya upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok juga, jika pokok itu rendah, hanya RM5, manakala pokok tinggi dikenakan bayaran RM10. - sumber

Tengkorak Menyerupai Alien Berusia 1000 Tahun Ditemui Di Mexico


MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi telah menemui tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat kampung Onavas, kelmarin.
Tengkorak itu dipercayai berusia 1000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem keluaran Hollywood.
Menurut Mail Online, ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.
Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.
Penduduk di sana mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan beberapa kaedah.
Antara kaedah itu adalah menggunakan dua kepingan kayu yang diikat pada bahagian kepala.
Ia dilakukan ketika kepala mereka masih di peringkat kanak-kanak.
Ahli arkeologi, Cristina Gracia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan oleh upacara keagamaan.
Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.
Projek itu mendapat kelulusan Institusi Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico.- sumber

Ahad, 2 Jun 2013

Hukuman Gantung Di Batalkan Saat Lelaki Ini Sedang Di Gantung

Hukuman Gantung Di Batalkan Saat Lelaki Ini Sedang Di Gantung | Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini. sumber