Isnin, 29 Julai 2013

VIDEO: Merdunya Alunan Azan Bilal Muda Amnan

Subhanallah… merdu sungguh suara Adik Amnan Sani,9, mengalunkan azan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Sesiapa yang pernah ke kota suci Mekah pasti akan rasa terimbau suasana di sana kerana gaya azannya mirip salah seorang bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla.
Khabarnya sewaktu Sheikh Ali Ahmad Mulla mengunjungi Masjid Shah Alam pada 28 Jun 2013 lalu, beliau sendiri turut mendengar alunan azan yang dikumandangkan oleh Adik Amnan.
Kalau ada yang perasan, Adik Amnan merupakan salah seorang peserta Qari Junior 2 di TV3 namun tersingkir pada 23 Julai 2013 lalu. – sumber

Selasa, 23 Julai 2013

GAMBAR: Lelaki Ditemui Mati Terikat Di Tangga

KANGAR –  Seorang lelaki ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat pada tangga yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di sebuah kebun buah-buahan di Padang Siding dekat sini, Selasa.
Mayat lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bahagian matanya turut ditutup dengan ikatan kain ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintenden Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, lokasi kejadian hanya kira-kira 20 meter dari jalan raya utama dan punca kematian sedang disiasat.
“Tiada sebarang kesan luka pada mayat mangsa. Identiti mangsa belum diketahui dan tidak dapat diketahui sama ada mangsa itu warga tempatan atau rakyat asing,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan punca kejadian. – sumber

Ahad, 21 Julai 2013

Sabtu, 20 Julai 2013

Kepala keluar cermin depan

PASUKAN penyelamat mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa.
Beijing: Seorang wanita China terselamat dalam satu kemalangan ngeri yang menyaksikan kepalanya terhempas pada cermin depan kenderaan yang dinaiki dan tersepit di dalam lubang.
Wanita yang namanya tidak didedahkan itu adalah penumpang kenderaan terbabit apabila ia merempuh belakang sebuah trak di wilayah Guanxi, selatan China.

Rempuhan itu menyebabkan wanita yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika kejadian, tercampak ke depan dan kepalanya terhantuk pada cermin. Hantukan yang kuat itu menyebabkan cermin itu pecah dan kepalanya tersepit dalam lubang terbabit.
Anggota penyelamat terpaksa mengeluarkan pemandu kereta itu yang pengsan terlebih dulu sebelum dapat menyelamatkan wanita berkenaan.

Mereka mengambil masa yang agak lama untuk memembesarkan lubang di sekitar tengkuk mangsa sebelum dia boleh dikeluarkan dengan selamat.

Dengan berlumur darah serta kelihatan pening, wanita itu diusung oleh pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital berhampiran.
Kecederaan yang dialami wanita itu dan juga teman lelakinya yang memandu kenderaan itu dikatakan tidak mengancam nyawa mereka. - sumber

Jumaat, 12 Julai 2013

Tikam anak guna gunting

Beijing: Seorang bayi lelaki bernasib kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 90 kali oleh ibunya kerana menggigit wanita terbabit ketika menyusu.
Disebabkan serangan ganas itu, Xiao Bao terpaksa menerima lebih 100 jahitan kebanyakannya di bahagian muka.
Media semalam melaporkan, Xiao tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya di Xuzhou di wilayah Jiangsu, timur China.
Mereka hidup dengan menyelongkar sampah untuk mendapatkan bahan terbuang dan yang boleh dikitar semula.
Xiao bernasib baik kerana keadaannya yang cedera parah itu diketahui seorang daripada bapa saudaranya.
Menurut media, lelaki terbabit terkejut melihat Xiao terbaring berlumuran darah di kawasan luar rumah mereka dan segera menghantarnya ke hospital.
Ibu Xiao kemudian mengaku menikam bayi berusia lapan bulan itu kerana marah apabila putingnya digigit ketika menyusukan anaknya.
Sumber polis berkata, wanita terbabit menggunakan gunting untuk menikam Xiao.
Sementara itu, penduduk setempat merayu kepada kerajaan supaya mengambil bayi itu daripada ibunya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang. Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih hak penjagaan Xiao.
Kata sumber, tiada bukti menunjukkan ibu Xiao mengalami masalah mental.
“Pihak berkuasa juga berpendapat bahawa Xiao masih boleh dijaga dua bapa saudaranya,” katanya. - sumber
sistemwebsegera.com

Jumaat, 28 Jun 2013

Bayi berkepala dua

ANAK istimewa pasangan Usman dan Munjiah masih dirawat di hospital
Jogjakarta: Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.
Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.
“Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku.
“Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan,” katanya.
Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawan Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram.
Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan.
Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.
Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. “Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik,” katanya. Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki.
“Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai ‘dicephalus parapagus on joined twins’ atau kembar mulai dari leher hingga kepala.
“Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu,” katanya. - sumber

sistemwebsegera.com

Jumaat, 21 Jun 2013

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan


Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. 
Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. 
Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan1.1 – Islam ditegakkan semula1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah1.3 – Dakwah Rasullulah1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir
Kebangkitan Khalifah2.1 – Wafatnya Rasullullah2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
Kejatuhan Khalifah3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia3.2 – Perang Dunia 1 dan 23.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal3.3 – Umat Islam berpecah-belah.3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak3.6 – Penzinaan berleluasa3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
Perang Dunia Ketiga4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)4.3 – Kemarau panjang4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
Peperangan Islam Dan Kristian8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya.
Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)9.1 – Rezeki melimpah ruah9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)10.1 – Turunnya Nabi Isa10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung10.7 – Kemenangan untuk Islam
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.11.2 Pembunuhan babi di muka bumi11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula* Al Quran diangkat* Nama Allah tidak disebutkan lagi* Gempa Bumi Tiga penjuru* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya* Asap dari bumi* Musnahnya Makkah dan Baitullah* Semua Umat Islam dimatikan* Matahari Naik di sebelah Barat* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail* Mahsyar
* Dimanakah kita? - sumber


sistemwebsegera.com