Rabu, 19 Februari 2014

Azabnya Jadi Model Di China…Hanya Makan Telur Rebus Untuk Kurus

China – Bukan mudah untuk menjadi model di China. Ini kerana ukuran badan akan diambil setiap minggu dan jika terdapat banyak `lemak’ di paha, maka model tersebut hanya boleh makan telur rebus sahaja selama 10 hari.
Jika gagal menurunkan berat badan, maka agensi modeling itu akan menggugurkan nama model tersebut dalam peragaan pakaian.
Perkara itu didedahkan oleh Meredith Hattam yang menulis mengenai latihan keras untuk menjadi model di China, dalam blognya, Fashionista.
images
Menurut Hattam, sepanjang beberapa tahun di China, ukuran badannya diambil setiap hari Isnin oleh agensi dan jika sukatan pinggan, punggung dan paha melebihi 3 sentimeter, maka dia boleh dibuang dan dihantar pulang ke negara asalnya di Amerika Syarikat.
Peraturan ketat ini juga dilaksanakan ke atas model seawal usia 14 tahun dan mereka akan dihalau keluar daripada apartmen yang disediakan agensi jika pinggul atau dada mereka membesar, selaras dengan usia baligh.
6a00d83451b2f269e200e551911a1f8834-800wi
Hattam turut mendedahkan bagaimana dia terpaksa berlapar bagi memastikan fizikalnya sebagai model tidak berubah.
Dia juga menceritakan bagaimana dia dan 12 orang model yang lain tinggal dalam sebuah apartment yang kecil namun mereka terpaksa membayar sebanyak £300 sebulan.
china-modeling-modelagency-guanzhou-9
“Saya tidak mempunyai tilam pun untuk tidur, hanya kerusi panjang. Apabila model mendapat duit ketika membuat peragaan, 40 peratus daripadanya akan diambil oleh agensi, manakala selebihnya digunakan untuk kehidupan harian.
“Apabila kami meninggalkan China, kami tidak mempunyai simpanan,’’ katanya.
Hattam turut memberitahu, salah seorang daripada model daripada agensinya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keletihan kerana terpaksa bekerja 15 jam sehari dalam tempoh dua bulan.
ESEE
“Ketika berada di hospital, dia menerima pesanan daripada agensi yang menyatakan mereka mengalami kerugian disebabkan dia tidak boleh membuat peragaan.
“Selain itu, kadar bunuh diri di kalangan model juga tinggi termasuk seorang model berusia 22 tahun dari Brazil yang terjun dari bangunan pada tahun baru,’’ katanya.
Hattam kini telah berhenti daripada menjadi model dan kembali ke Amerika Syarikat, dan bekerja sebagai pereka grafik - mynewshub

Ahad, 16 Februari 2014

Wanita Cedera Mangkuk Tandas Meletup


SEBUAH mangkuk tandas di sebuah bar tiba-tiba meletup dan mencederakan seorang wanita yang baru sahaja duduk di atasnya.
Kejadian yang berlaku di Barcelona itu dipercayai akibat mampatan gas metana yang terkumpul di dalam mangkuk tandas tersebut.
Menurut pihak bomba, tandas tersebut terlalu kotor selain mempunyai masalah pengalihan udara.
Sebaik sahaja wanita itu memetik suis lampu tandas, ia mencetuskan percikan api pada gas dan menyebabkan letupan.
Wanita itu kini dirawat di hospital kerana mengalami kelecuran darjah ketiga di kedua-dua belah kakinya dan luka akibat serpihan porselin mangkuk tandas yang pecah - mynewshub

Jumaat, 7 Februari 2014

VIDEO: Aksi Kemaruk Nak Jadi Artis - hebat!!

Rabu, 5 Februari 2014

[GAMBAR] BAS Skuad JDT KEMALANGAN Berlanggar Dengan Kereta MyVi


Skuad Piala Presiden Johor mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pahang hari ini.

Perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) akan diadakan pada Jumaat ini.

Di laporkan tiada kecederaan yang serius dikalangan skuad Johor.


Ahad, 26 Januari 2014

Video: mat rempit nk tunjuk skill tak jadi..


Dipos oleh Vyrec.

Khamis, 9 Januari 2014

Gambar: Aksi Terlampau Celah Ampaian

Apabila perasaan malu dah tak ada, maka soal moral dicampak ke tepi.
Itulah yang berlaku pada pasangan muda yang tergamak bermesra tanpa mengira tempat seperti dalam gambar di bawah.
1
2
3
4
5
Insiden yang berlaku di China ini menunjukkan aksi sepasang kekasih yang melakukan gurauan terlampau di tempat awam iaitu di sebalik ampaian kain.
Ia dipercayai dirakam oleh penduduk flat berkenaan yang ‘berbulu’ mata melihat perlakuan mereka.
Mungkin mereka feeling macam adegan dalam filem romantik agaknya?
Yang tak tahan tu, aksi mesra diteruskan walaupun selepas seorang nyonya mengangkat kain jemuran sekaligus menampakkan perlakuan mereka.
Parah, parah.. sumber

Ahad, 5 Januari 2014

SANTAI : Lalat Bot Manusia, Lalat Yang Mengerikan

ADAKAH anda pernah mendengar tentang Lalat Bot, lalat bot dikenali sebagai lalat paling mengerikan di dunia.
Terdapat beberapa kategori lalat bot antaranya Lalat Bot Perut Kuda, Lalat Bot Hidung Kaming dan juga Lalat Bot Manusia.
Lalat Bot mempunyai sistem dan cara pembiakan yang pelik kerana ia akan menggunakan daging makhluk hidup yang lain untuk bertelur dan untuk larvanya hidup sebelum ia menjadi lalat.
Ia dikategorikan sebagai lalat yang mengerikan kerana, bukan sahaja ia menumpang untuk bertelur tetapi larva itu akan memakan daging makhluk yang ditumpang.
Di laman YouTube terdapat banyak video berkaitan telur Lalat Bot Manusia yang sudah menempel di dalam daging  dan ia memakan daging manusia itu dikeluarkan dan ia amat menyakitkan.
Untuk mengeluarkan larvanya adalah amat sukar kerana larva lalat itu mempunyai gigi yang agak tajam yang digunakan untuk mencengkam dan untuk memakan daging tempat ia menumpang untuk bertelur.
Penulis berkongsi satu video proses mengeluarkan tiga larva Lalat Bot Manusia daripada seorang individu yang digunakan lalat itu untuk bertelur dan ia berubah menjadi seperti satu jangkitan yang menyakitkan.
Individu itu mendapat jangkitan berkenaan ketika dia sekeluarga bercuti di Belize di kawasan benua Amerika Tengah.
Jadi kepada anda yang bercuti ke kawasan itu, berhati-hatilah dengan Lalat Bot Manusia yang mengerikan ini.
Jika manusia digunakan sebagai lokasi lalat ini bertelut, biasanya jangkitan akan bermula dengan pesakit diserang demam dengan suhu yang tinggi. – Mynewshub.my