Isnin, 7 April 2014

VIDEO: Anak Kurang Ajar Tendang Ibu Dalam Program TV


LUBNAN – Anak kurang ajar. Sanggup menendang ibu sendiri di hadapan penonton yang menyaksikan program yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.
Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, ditemukan dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.
Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.
 Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.
“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.
Ahmed kemudiannya mula marah dan mempertahankan bapanya.
Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.
Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.
Pada akhir program berkenaan, pengacara . Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut.
Namun program itu dikecam hebat dalam media sosial - mynewshub


Khamis, 3 April 2014

AMARAN! Jangan Jawab Nombor Telefon Ini: 03- 2178 8888


ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.
Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.
MCMC sedang menyiasat kes ini.
Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.
*Apa itu spoofing?
Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.
Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.- mynewshub

Isnin, 31 Mac 2014

VIDEO: Suami Curang Dimarahi Isteri Dalam Bas -”This One Got No Money One”


KANTOI. Itulah perkataan yang sesuai untuk lelaki ini apabila isterinya dapat menghidu kecurangannya dengan seorang wanita yang jauh lebih muda.
Video yang dirakamkan di dalam sebuah bas di Singapura ini menyaksikan si isteri memarahi suaminya yang lebih banyak berdiam diri kerana malu.
Antara ayat-ayat yang kedengaran dari mulut wanita itu kepada suaminya ialah:
“Eh, anak kat rumah dah banyak kau nak buat macam ni? Tak tau malu ke apa?”
Agak melucukan apabila wanita itu memberitahu kekasih suaminya bahawa lelaki itu tidak mempunyai wang sebelum mereka bertiga turun dari bas tersebut bersama-sama.
Rasa-rasanya, apa yang akan berlaku selepas itu? Anda fikirkan sendiri - mynewshub

Selasa, 25 Mac 2014

Kehilangan MH370 Akan Kekal Misteri Selama-Lamanya!

www.mynewshub.my

Pakar industri penerbangan beranggapan andai kotak hitam penerbangan MH370 ditemui pun, ada kebarangkalian misteri yang menyelubungi kehilanganya tidak akan terjawab sampai bila-bila.
Mengikut laporan AFP mereka percaya perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit tidak mungkin menjawab tentang teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.
Benar… banyak persoalan yang tidak mungkin terjawab semata-mata berdasarkan rakaman perbualan itu sahaja.
Antaranya… sukar untuk difahami mengapa ia melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam…
Sukar untuk difahami juga mengapa ia diterbangkan di bawah radar…untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak?
Tidak ada panggilan kecemasan dibuat… Mengapa? Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat.
Semua petanda memperlihatkan ia dirampas dan perkara itu disahkan pasukan penyiasat kerajaan.
Namun, pada masa yang sama… tidak ada sebarang tuntutan wang atau politik pun yang dibuat…MENGAPA?
Seolah-olah ia dilarikan dari laluan asal semata-mata untuk ditamatkan hayatnya di Lautan Hindi.
Tetapi, mengapa perlu mengambil risiko untuk terbang rendah masuk kembali ke semenanjung Malaysia andai niat di hati adalah untuk menjunam di Lautan Hindi?
Kalau laut yang dicari… mengapa tidak terus ke Lautan Pasifik? Dengan itu tidak perlu terbang rendah bawah radar… Mengapa harus ke Lautan Hindi?
Kalau hendak kata kapal itu terbakar… takkan dari pukul 1 pagi sampai 8 pagi ia terbakar?  Ping terakhir ke satelit adalah pukul 8.11 pagi… bermakna ia masih terbang antara masa ia hilang hubungan ke waktu ping terakhir.
Semuanya tidak masuk akal… sebab itu kehilangan MH370 adalah misteri terhebat industri penerbangan dunia.
Apabila kita berhadapan dengan suasana yang begitu kompleks… maka gerak kerja kita pun tidak boleh teratur. Menghukum kerajaan Malaysia sebagai lemah dan sebagainya hanyalah sikap ‘benci semua yang kerajaan buat’ semata-mata dan bukannya memberikan ruang secara rasional bersandarkan realiti kejadian.
Pada masa ini, cabaran terbesar Malaysia adalah untuk mendapatkan kotak hitam kapal tersebut bagi mula mendapatkan petunjuk-petunjuk penting untuk menentukan punca kapal terbang itu hilang selepas ia bertolak dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac.
Perjalanan yang mengelirukan itu… rasanya akan kekal sebagai misteri selama-lamanya….MYNEWSHUB

Khamis, 27 Februari 2014

TAHUKAH ANDA..!!! Kisah Kapal TITANIC Tengelam Termaktub Di Dalam Surah YASSIN.

Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

SUBHANALLAH..!

Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 40 hingga ayat ke 43 :

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

40. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

41. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ

42. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ

43. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR..!!

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :

”Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..”.

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.

”Hasil” dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ”mangsa” Titanic.- siemens