Sabtu, 30 November 2013

Teknik yang menarik

Dipos oleh Vyrec.

Gelungsur... Bak Torpedo Jatuh Kebumi.

Dipos oleh Vyrec.

Isnin, 25 November 2013

Perbuatan kejam penternak arnab

BEIJING - CHINA . Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda.

Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali. Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan.

Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh.

"Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya. - sinar

Video: Menghidupkan Burung Mati


Dipos oleh Vyrec.

Sabtu, 23 November 2013

VIDEO: Jalan Paling SERAM Untuk Dilalui

Tak dapat dinafikan memang ramai kaki ‘adventure’ di luar sana tapi yang pasti, tak ramai seberani Mick Fowler.
Dalam rakaman video di bawah, pengembara berani ini merakamkan detik dia dan rakan-rakan menaiki jip merentasi lereng Gunung Himalaya yang sempit dan curam.
Jalan dilalui mereka amat terhad lebarnya sampai ada waktu tertentu pemandu arah terpaksa turun untuk membantu jip melepasinya.
Mereka turut dihujam dengan titisan air yang turun dari gunung. Jika terlajak sedikit sahaja, sah-sah mereka akan terhumban dari ketinggian lebih 2,000 kaki bersama jip tersebut.
Begitu pun, Fowler dan rakan-rakannya dilihat masih mampu tertawa besar seolah-olah tidak berasakan mereka sedang menghadapi situasi genting.
Saksikan video di bawah dan nilai, mahukah anda melaluinya seperti Fowler dan rakan-rakan jika diberikan peluang? – sumber

VIDEO: Pembantu Rumah Didera Kejam (Jangan Tonton Jika Lemah Semangat)


VIDEO: Pembantu Rumah Didera Kejam
TIDAK dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung oleh pembantu rumah warga Ethiopia sebuah keluarga di Arab Saudi yang didera oleh majikannya ini.
Bukan seorang, tapi hampir kesemua ahli keluarga itu bertindak menggantungnya secara terbalik sebelum menyebatnya dengan rotan secara bergilir-gilir.
Gadis itu dirakam menjerit kesakitan dengan tubuh yang berdarah akibat penderaan itu. Entah apa salahnya sampai begitu sekali dia dilayan.
Perbuatan kejam dalam Video yang tersebar melalui laman web LiveLeak.com itu bukanlah yang pertama seumpamanya berlaku di sana, sebaliknya kerap terjadi.
Kebanyakan pekerja bukan Eropah yang bekerja di sana dilayan umpama hamba dan dinafikan hak kemanusiaan mereka.
Lebih malang lagi, ada yang turut dibayar dengan gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan beban kerja yang dilakukan.
Pendek kata, begitulah manusia bila sudah merasa terlalu bongkak dengan kekayaan yang dimiliki dan merasakan segalanya mereka yang punya - sumber

Isnin, 18 November 2013

VIDEO:Keberanian seorang cikgu meleraikan pergaduhan anak muridnya berakhir dengan tragedi.....


Hargailah   Guru Anda........
Dipos oleh Oh! Media.