Selasa, 31 Disember 2013

‘Dah tak boleh tukar’

SUSUK paku bersadur emas yang dimasukkan di pipi

Kuala Terengganu: “Semuanya sudah terlambat, saya kini mahu menjadi lelaki semula, tetapi alat kelamin saya perempuan, saya menyesal, sangat menyesal, tetapi sudah tiada guna,” kata Lianti (bukan nama sebenar).
Dia yang kini berusia 26 tahun sanggup berhabis lebih RM100,000 untuk melakukan pembedahan membuang kemaluan lelaki dan menggantikannya dengan kemaluan wanita semata-mata mengikut naluri kewanitaan yang ada pada dirinya sejak remaja.
Selain itu dia mengakui mahu menjadi ‘wanita’ cantik yang mampu memikat mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan wang mudah.

Kata Lianti, keputusan melakukan pembedahan jantina dibuat pada 2003 dan sanggup terbang dan tinggal di Jepun untuk pembedahan dan rawatan susulan selama sebulan.
AZMAN menunjukkan berlian yang digunakan pemakai susuk.
“Ketika itu apa yang saya fikirkan untuk menjadi wanita dan mencari duit mudah, saya ikutkan hati dan sanggup menempuh cabaran dan berhabis duit untuk mencapainya,” katanya kepada Harian Metro.

Ahad, 29 Disember 2013

Longkang tersumbat kerana ular

Ular sawa yang ditemui di dalam longkang di sebuah kilang pemprosesan makanan.

SENAI – Sekumpulan pekerja dari kilang pemprosesan makanan di Jalan Permas 9/15, Bandar Baru Permas, dekat sini terkejut apabila rutin harian mereka membersihkan longkang di sekitar kawasan kilang membawa kepada penemuan seekor ular sawa.

Pegawai Pemasaran kilang, Abu Bakar Mohd Khalid, 44 berkata, ular berkenaan ditemui pada kira-kira jam 9 pagi, semalam selepas mereka menyangka longkang berkenaan tersumbat ketika dibersihkan.“Ketika itu
sekumpulan pekerja sedang membersihkan longkang sebelum mereka mengadu longkang sukar dibersihkan mungkin kerana tersumbat.

“Selepas membuka penutup longkang, kami terkejut melihat seekor ular sawa besar di dalam longkang berkenaan,” katanya.

Katanya, mereka segera menghubungi pihak bomba dan penyelamat bagi menangkap ular berkenaan namun tidak berjaya kerana ular berkenaan berjaya menyembunyikan diri ke kawasan lebih terpencil.

“Ular berkenaan mungkin sedang bersalin kulit di situ kerana terdapat serpihan kulit yang tercabut sewaktu pihak bomba cuba menariknya keluar.

“Sebahagian operasi kilang turut ditutup kerana bimbang ular berkenaan memasuki kawasan kilang tanpa disedari,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Johor Jaya, Fadullah Ishak berkata, pihaknya bersama seorang lagi anggota mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menangkap ular berkenaan namun tidak berjaya.

“Kami turut mencurah air panas supaya ular berkenaan keluar dari tempat persembunyian namun tidak berjaya. Jadi kita terpaksa tunggu ular berkenaan keluar dari tempat persembunyian untuk menangkapnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kakitangan kilang berkenaan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak menganggu ular berkenaan sekiranya menjumpainya bagi mengelakkan sebarang risiko - sumber

Selasa, 24 Disember 2013

Bantahan Larangan Dedah Payu Dara Gagal

Rio de Janeiro – Bantahan yang diuar-uarkan secara meluas bagi mempertahankan hak untuk tampil separuh bogel di pantai bandar raya ini tidak mendapat sambutan Sabtu apabila hanya segelintir wanita yang berbuat demikian.
Lebih 100 jurugambar bersesak di pantai berpasir Ipanema apabila wanita pertama menanggalkan bahagian atas bikininya bagi sebagai membantah undang-undang itu. Hanya tiga atau empat lagi wanita menyusulinya.
“Payudara tidak berbahaya,” kata Olga Salon, 73, penduduk asal Rio sambil menanggalkan colinya.
Brazil mempunyai reputasi sebagai negara seks liberal di peringkat antarabangsa dan berbogel bukan saja boleh diterima, malah turut diamalkan ketika karnival.
Ratusan ribu warga asing yang akan mengunjungi Brazil tahun depan untuk Piala Dunia dan Olimpik dua tahun berikutnya bakal menyaksikan bikini yang mendedahkan bahagian belakang pemakainya.
Namun, mengikut kanun jenayah Brazil bertarikh 1940-an, perbuatan separuh bogel dalam kalangan wanita ialah “tindakan lucah” dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan hingga setahun atau denda.
Malah, pengkritik undang-undang mengakui beberapa individu sudah disabitkan dengan kesalahan itu.
Bantahan Sabtu lalu itu adalah kejadian terbaru dalam perdebatan mengenai bahagian tubuh yang dibenarkan didedah di pantai Rio.
Penganjur memberitahu media, langkah itu adalah reaksi terhadap insiden November lalu apabila aktres Cristina Flores dimarahi pengawal pantai selepas dia menanggalkan bajunya ketika sesi penggambaran di pantai Ipanema.
“Mereka meluru ke arah saya dan menjerit sambil mengarahkan saya memakai semula baju, seolah-olah ada bom yang akan meletup jika saya tidak mematuhi arahan,” katanya. – sumber

Ahad, 15 Disember 2013

Menarik ! Wanita Dengan Alat Sulitnya Yang Terkuat Didunia (video)

Farajj  merupakan kemaluan perempuan yang mempunyai fungsi sebagai tempat melahirkan anak  dan fungsi seksual . Setiap perempuan mempunyai bentuk dan keunikan faraj masing - masing . Salah satu yang terunik adalah Tatyana Kozhevnikova , wanita dengan faraj terkuat di dunia .

 Dikatakan mempunyai faraj terkuat kerana memang organ kelamin wanita berasal  dari Rusia ini mampu mengangkat beban sehingga 14 kg . Secara rasmi Tatyana mendapatkan gelaran dari Guinness World Record untuk ' faraj weightlifting ' .

Dan baru - baru ini , Tatyana mendedahkan rahsia bagaimana ia boleh mengangkat beban dengan menggunakan faraj dalam program ' E4 The Body Shocking Show ' . Video rakaman tersebut menunjukkan bagaimana Tatyana mampu mengangkat barbel seberat 6 kg atau setanding  dengan berat dua tembikai , hanya dengan menggunakan otot - otot di faraj . " Saya memasukkan peralatan ini . Dan kemudian anda hanya mengetatkan otot - otot faraj anda dan tahan di dalamnya , " ujar Tatyana Kozhevnikova , seperti yang dilaporkan oleh Thesun .


Jom saksikan video menarik ini 

 

 

Tatyana kemudian menyesuaikan berat Barbell dan berjaya menjaga serta mengangkat barbel tersebut ke udara dengan menggunakan organ kelaminnya . Untuk melakukan tindakan ini , Tatyana juga mempunyai barbel khusus untuk faraj . Kini Tatyana juga menjalankan sebuah laman web yang menawarkan perkhidmatan melatih wanita - wanita agar mempunyai faraj kuat sepertinya . Ia bersedia memberikan latihan yang disebutnya ' Intimate Gymnastics '- sumber 

Kek Mengerikan


 






Khamis, 12 Disember 2013

Video, Foto Mayat Perempuan Dikerat Itu Bukan Di Sibu! – Polis

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Abdullah menafikan kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita berlaku di Durin, Sibu seperti yang disebarkan oleh pengguna laman sosial Facebook semalam.
Orang ramai, khususnya penduduk Sibu diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh denga penyebaran khabar angin sebegini, malah perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.
Pemilik akaun Facebook dinasihatkan supaya tidak meletakkan sebarang gambar yang boleh menggusarkan penduduk tempatan - sumber
1464095_1445512912336619_952909538_n

Khamis, 5 Disember 2013

Bila itik melintas highway

Dipos oleh Vyrec.

Sabtu, 30 November 2013

Teknik yang menarik

Dipos oleh Vyrec.

Gelungsur... Bak Torpedo Jatuh Kebumi.

Dipos oleh Vyrec.

Isnin, 25 November 2013

Perbuatan kejam penternak arnab

BEIJING - CHINA . Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda.

Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali. Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan.

Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh.

"Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya. - sinar

Video: Menghidupkan Burung Mati


Dipos oleh Vyrec.

Sabtu, 23 November 2013

VIDEO: Jalan Paling SERAM Untuk Dilalui

Tak dapat dinafikan memang ramai kaki ‘adventure’ di luar sana tapi yang pasti, tak ramai seberani Mick Fowler.
Dalam rakaman video di bawah, pengembara berani ini merakamkan detik dia dan rakan-rakan menaiki jip merentasi lereng Gunung Himalaya yang sempit dan curam.
Jalan dilalui mereka amat terhad lebarnya sampai ada waktu tertentu pemandu arah terpaksa turun untuk membantu jip melepasinya.
Mereka turut dihujam dengan titisan air yang turun dari gunung. Jika terlajak sedikit sahaja, sah-sah mereka akan terhumban dari ketinggian lebih 2,000 kaki bersama jip tersebut.
Begitu pun, Fowler dan rakan-rakannya dilihat masih mampu tertawa besar seolah-olah tidak berasakan mereka sedang menghadapi situasi genting.
Saksikan video di bawah dan nilai, mahukah anda melaluinya seperti Fowler dan rakan-rakan jika diberikan peluang? – sumber

VIDEO: Pembantu Rumah Didera Kejam (Jangan Tonton Jika Lemah Semangat)


VIDEO: Pembantu Rumah Didera Kejam
TIDAK dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung oleh pembantu rumah warga Ethiopia sebuah keluarga di Arab Saudi yang didera oleh majikannya ini.
Bukan seorang, tapi hampir kesemua ahli keluarga itu bertindak menggantungnya secara terbalik sebelum menyebatnya dengan rotan secara bergilir-gilir.
Gadis itu dirakam menjerit kesakitan dengan tubuh yang berdarah akibat penderaan itu. Entah apa salahnya sampai begitu sekali dia dilayan.
Perbuatan kejam dalam Video yang tersebar melalui laman web LiveLeak.com itu bukanlah yang pertama seumpamanya berlaku di sana, sebaliknya kerap terjadi.
Kebanyakan pekerja bukan Eropah yang bekerja di sana dilayan umpama hamba dan dinafikan hak kemanusiaan mereka.
Lebih malang lagi, ada yang turut dibayar dengan gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan beban kerja yang dilakukan.
Pendek kata, begitulah manusia bila sudah merasa terlalu bongkak dengan kekayaan yang dimiliki dan merasakan segalanya mereka yang punya - sumber

Isnin, 18 November 2013

VIDEO:Keberanian seorang cikgu meleraikan pergaduhan anak muridnya berakhir dengan tragedi.....


Hargailah   Guru Anda........
Dipos oleh Oh! Media.

Khamis, 14 November 2013

Kes rompakan di Lorong Gemelan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani

Dianggarkan RM100,000 berjaya dilarikan  3 suspek lelaki bersenjatakan parang masuk ke dalam Toyota Lexus hitam dengan pendaftaran kereta PJD 70. Jika anda telah melihat kereta ini, sila hubungi balai polis yang terdekat di sekeliling anda.



Selasa, 12 November 2013

Video: Dua Lelaki Berparang Merompak Kedai Telekomunikasi


Tarikh: 12 November 2013, Masa: 07:20

Lokasi: Bandar Puteri Klang, Klang


Ahad, 10 November 2013

VIDEO : Cubaan Curi Motor Yang Gagal

JIKA anda tidak mengunci pintu pagar rumah pada waktu siang, ia memberi peluang untuk penjenayah untuk melakukan jenayah terutamanya jenayah mencuri atau pecah rumah.
Di laman Facebook Giler Kentang, satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) cubaan mencuri motosikal di waktu siang hari.
Kejadian dipercayai berlaku hari ini melalui tarikh rakaman CCTV berkenaan.
Pada permulaan video selama 3:15 berkenaan, suspek dilihat berulang alik meninjau rumah mangsa sebanyak tiga kali bagi memastikan keadaan benar-benar selamat untuk mencuri.
Kemudian suspek yang berpakaian t-shirt putih dilihat menghampiri pagar rumah berkenaan dan cuba membukanya biarpun sukar kerana pagar itu ialah pagar elektrik automatik.
Suspek kemudiannya berjaya masuk dan cuba mencuri sebuah motosikal.
Ketika cuba membawa motosikal yang dcurinya itu keluar, ia tersangkut di pintu pagar sebelum penghuni rumah berkenaan keluar apabila menyedari sesuatu yang mencurigakan berlaku.
Lagak pencuri yang ketakutan cuba juga untuk melarikan motosikal itu namun ditinggalkannya selepas tuan rumah mengejarnya dengan cangkul.
Berhati-hatilah, kita perlu juga merangka satu perancangan keselamatan di rumah sendiri kerana ia juga menjadi lokasi berpotensi untuk menjadi mangsa penjenayah. - mynewshub

Sabtu, 9 November 2013

Ikan Pelik Ditemukan Oleh Seorang Pemancing Di New Jersey

Seorang pemuda dari New Jersey dan beberapa orang temannya suatu hari pergi ke sebuah sungai di pinggir hutan untuk mengisi percutian mereka dengan memancing. Suasana tenang di sungai tersebut membuat mereka begitu menikmati percutian dengan memancing, hingga tiba-tiba terasa umpan yang dipasang oleh pemuda tersebut di makan oleh ikan di kedalaman sungai tersebut. Ikan yang tersangkut mata kail terasa memberikan perlawanan sengit sampai pada akhirnya pemuda tersebut berjaya mengangkat buruannya di atas permukaan air.

Ketika ikan hasil pancingan sampai darat mereka dikejutkan dengan ujud ikan yang aneh, bentuknya menyerupai belut tapi mulutnya berada di samping. Ikan berukuran besar ini di perkirakan sebagai binatang pelik yang menghuni sungai tersebut - tabekpuang







Jumaat, 8 November 2013

Suspek pecah rumah parah dibelasah jiran

Suspek parah dibelasah jiran
Suspek parah di kepala selepas bergelut dengan jiran mangsa.

KUALA LIPIS - Suspek yang memecah masuk rumah penduduk di Kampung Berchang, di sini pagi kelmarin dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.
Sebelum ini, suspek yang juga warga asing berusia 30an menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat parah di kepala dan badan ketika bergelut dengan jiran mangsa.
Difahamkan, semasa memecah masuk rumah mangsa, suspek bersama dua lagi rakan memakai baju dan seluar dalam serta mengikat tangkal di bahagian pinggang bagi melindungi diri.
Sinar Harian semalam melaporkan kejadian rompakan di rumah kedai milik Kamarudin Yusof, 42, di Kampung Berchang.
Dalam kejadian jam 3 pagi Rabu lalu, tiga suspek dipercayai warga asing bertindak memecah masuk rumah kedai yang didiami empat sekeluarga dalam satu kejadian rompakan bersenjata.
Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, suspek dipercayai memotong bahagian besi tingkap sebelum memecah masuk rumah dan mencederakan mangsa menggunakan kayu dan parang.
Menurutnya, suspek yang tidak sempat menggeledah rumah mangsa bertindak melarikan diri setelah bunyi bising dari arah halaman rumah.
Beliau berkata, seorang daripada suspek bergelut dengan jiran mangsa yang datang membantu dan dalam pergelutan itu suspek serta jiran mangsa mengalami kecederaan.
“Dua lagi suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan polis menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) untuk mengesan suspek,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan.
Saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan.

Khamis, 7 November 2013

Bayi Bertukar Menjadi Seekor Buaya???

Aku nak bercerita pasal pengorbanan seorang ibu. Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau tidak. Aku ambil kisah ini  di sini. Begini kisahnya.
Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan.
Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya, dan apabila tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu-dulukan lahirkan bayi di rumah saja. Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu. Dia seolah olah di rasuk lalu berkata 'dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi'. Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui, mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu'alam.
Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah
keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian , wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.

Seperti yang di janji kan oleh "sesuatu" (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya.  (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti ? (Tak tanya bapa dia, hehe) Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh. Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu. Hinggalah sekarang, dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain. Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil. Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah.

Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan, kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad buaya semula. Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa.
 Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja.


 Difahamkan, kulitnya lembut walaupun kelihatan keras dan kasar.

 Inilah tempat mandinya.

 Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya, menandakan dia tidak nampak televisyen.

 Sempat lagi bergambar.

 Nur Hasanah nama diberi.

Difahamkan, inilah kamar kembarnya. Sebelah-sebelah.

Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan difahamkan keluarganya mempunyai keturnan Pahlawan Buaya. Kemudian, dia merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu Maha segalanya. Nampak tak, walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaga. Itulah ibu ! . perempuaningatan

Selasa, 5 November 2013

Mayat Berusia 2150 Di China Masih Utuh Terjelir Lidah

Mayat wanita berusia 2150 tahun dalam keadaan basah dan utuh dipelihara dengan teknologi tinggi oleh pasukan pakar China dan dipamerkan di muzium Changsha, Provinsi Hunan, China, jadi sasaran kunjungan pelancong.


Mayat 2150 Tahun Masih Utuh dan Segar Dari muzium peninggalan benda bersejarah China di Kota Changsha, mayat tersebut utuh bagai manusia hidup dan diletakan dalam kotak bening berisi cecair pengawet.

Mayat wanita bernama Sinzui tersebut berkulit putih pucat, dengan mata tertutup, lidah terjulur dan berambut hitam dengan tinggi 158 sentimeter.

Berdasarkan atas data di muzium tersebut, mayat itu ditemui pada tahun 1972 dalam peti kayu berukuran panjang lima meter, lebar dua setengah meter dan tinggi dua meter, yang terkubur pada kedalaman 20 meter dari permukaan tanah di kawasan bukit Mantui, Changsha.

Ketika ditemui, tiga peti dengan saiz sama di dalamnya masing-masing terdapat satu mayat, yakni seorang laki-laki berusia 58 tahun dan 30 tahun, namun jasad dua lelaki itu tidak dipamerkan di muzium Changsha.


Penemuan tiga peti besar utuh tersebut berawal dari pemerintah pemimpin China ketika itu agar rakyat di Changsha menggali lubang besar untuk berlindung bila terjadi perang. Ketika rakyat menggali di perbukitan Maantui, pada kedalaman 20 meter ditemukan ketiga peti kayu berukuran besar tersebut dan setelah dibuka berisi masing-masing satu mayat.

Selain itu, aneka barang digunakan sejak 2100 tahun lalu itu juga tersimpan dalam peti dan masih utuh, bahkan warnanya pun tidak pudar. Pemerintah China kemudian menurunkan pasukan pakar membongkar dan menyelamatkan tiga peti kayu dan seluruh isinya, termasuk tiga mayat tersebut.

Pasukan doktor pakar, yang melakukan pembedahan, menyatakan mayat itu utuh dan basah tanpa rosak, meskipun terkubur 2100 tahun. Setelah dibedah, mayat itu diawetkan dengan teknologi tinggi untuk selanjutnya disimpan dalam muzium Changsha, yang dibina untuk menyelamatkan, menyimpan dan mempamerkan penemuan, yang boleh mendedahkan kehidupan warga China pada 2100 lalu itu.Dengan muzium ini bagi pelancong boleh melihat mayat yang telah dipelihara selama 2000 tahun.

Ahad, 3 November 2013

Video Pencuri HandPhone Terperangkap

Jumaat, 1 November 2013

Misteri tapak kaki gergasi

Perbezaan saiz antara kesan tapak kaki yang ditemui dengan kaki manusia.

Pak Rani mengukur tapak kaki bersaiz besar yang berukuran kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar.

Misteri tapak kaki gergasi
Mohd Zullaidi menunjukkan salah satu kesan tapak kaki yang ditemui dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Marang

MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian.

Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu. 

Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil.

“Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia normal.  

“Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar, dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya.

Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut.

Penemuan bukan kali pertama

Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17 tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997 di Bukit Jejulung.

“Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat ‘makhluk gergasi’ yang dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api (elektrik) itu melintas jalan,” katanya.

Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan dengan misteri kewujudan ‘big foot’  iaitu makhluk yang dikatakan mempunyai bulu di seluruh badannya.

“Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki ‘big foot’ terus menjadi misteri,” katanya.

Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan ‘big foot’ juga dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani.

Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa.

“Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat,” katanya - (sinar)

VIDEO : Layan Babak.. Cuba Berhenti ‘Berok’?


Teknik mengubah dialog filem kemudian dimuatnaik ke laman YouTube dilihat antara taktik paling berjaya untuk menarik banyak penonton di laman perkongsian video terkenal dunia itu.
Saluran youtube seperti Faradyable memang terkenal dalam memuatnaik video seumpama itu.
Selepas Faradyable muncul pula beberapa saluran Youtube lain cuba untuk melakukan perkara yang sama tetapi ada yang gagal, ada yang berjaya.
Saluran TheHarimauTV turut sama melakukan perkara sama, memuatnaik salah satu babak dalam filem lakonan Bruce Willis dan ia diubahsuai dengan dialog bercakap loghat negeri Kelantan.
Anda layanlah sendiri.. – mynewshub.my

Lori Terbalik

Rabu, 30 Oktober 2013

32 tahun tak bercukur

RAM menghabiskan masa kira-kira dua jam setiap hari untuk merapi misainya.
Jaipur: Seorang lelaki kelahiran Jaipur di Rajasthan, India kini berbangga kerana tindakannya menyimpan misai selama 32 tahun - tanpa pernah sekali pun dipotong - membolehkan dia terkenal di seluruh dunia.
Hasil kesabarannya itu, Ram Singh Chauhan, 58, memiliki misai sepanjang 4.27 meter (14 kaki).
Kini Ram menganggap misainya itu sebagai “harta paling berharga” untuk dirinya.
Sepanjang 32 tahun menyimpan misai itu, Ram biasanya menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk proses merapi. 
Atas kelebihan itu juga membuka peluang kepada Ram muncul dalam satu daripada filem James Bond, Octopussy.Kata Ram, menyimpan misai panjang sama seperti menjaga seorang bayi yang perlu diberi perhatian penuh pada setiap masa.
“Untuk mendapatkan misai sepanjang ini, saya perlu bersabar dan banyak berkorban.
“Ia bukan tugas yang mudah,” katanya.
Setiap pagi, katanya, tugas pertama yang dilakukan ialah melumur misai dengan minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak almond.
Ram tidak menggunakan syampu atau sabun untuk membersihkan misai itu kerana yakin keberkesanan bahan herba.
“Selepas selesai saya menyisir misal ini sehingga kemas dan menggulungnya,” katanya.
Seminggu sekali, kata Ram, dia membuat ‘rawatan’ lain menggunakan kaedah semula jadi.
“Saya tak pernah menggunakan produk komersial,” katanya. 

Ditanya mengenai kegemarannya menyimpan misai, Ram berkata, ia bermula sejak dia berusia belasan tahun. 
Sejak 1970, katanya, dia tidak pernah menggunakan pisau cukur atau menggunting misainya. 
Ketika itu, kata Ram, dia tidak berniat apa-apa pun, malah tidak terfikir untuk memecahkan sebarang rekod.
Katanya, misai adalah sebahagian tradisi penduduk setempat dan dihargai sejak beberapa abad lalu.
“Misai ini simbol kebanggaan dan penghormatan seorang lelaki.
“Pada zaman silam di India, misai adalah segala-galanya,” katanya. 
Selepas mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness, kini Ram berdepan masalah sejak beberapa tahun lalu. 
Katanya, dia risau kerana kadar pertumbuhan misainya mula perlahan.- metro