Ahad, 10 November 2013

VIDEO : Cubaan Curi Motor Yang Gagal

JIKA anda tidak mengunci pintu pagar rumah pada waktu siang, ia memberi peluang untuk penjenayah untuk melakukan jenayah terutamanya jenayah mencuri atau pecah rumah.
Di laman Facebook Giler Kentang, satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) cubaan mencuri motosikal di waktu siang hari.
Kejadian dipercayai berlaku hari ini melalui tarikh rakaman CCTV berkenaan.
Pada permulaan video selama 3:15 berkenaan, suspek dilihat berulang alik meninjau rumah mangsa sebanyak tiga kali bagi memastikan keadaan benar-benar selamat untuk mencuri.
Kemudian suspek yang berpakaian t-shirt putih dilihat menghampiri pagar rumah berkenaan dan cuba membukanya biarpun sukar kerana pagar itu ialah pagar elektrik automatik.
Suspek kemudiannya berjaya masuk dan cuba mencuri sebuah motosikal.
Ketika cuba membawa motosikal yang dcurinya itu keluar, ia tersangkut di pintu pagar sebelum penghuni rumah berkenaan keluar apabila menyedari sesuatu yang mencurigakan berlaku.
Lagak pencuri yang ketakutan cuba juga untuk melarikan motosikal itu namun ditinggalkannya selepas tuan rumah mengejarnya dengan cangkul.
Berhati-hatilah, kita perlu juga merangka satu perancangan keselamatan di rumah sendiri kerana ia juga menjadi lokasi berpotensi untuk menjadi mangsa penjenayah. - mynewshub

>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan