Setiap tahun, pasti ramai yang menunggu tarikh 1 April kerana hanya
pada tarikh itu saja anda boleh mengenakan seseorang tanpa perlu
dimarahi oleh si terkena itu.
Ini kerana pada hari yang digelar April Fool itu, ianya seakan lesen
kepada anda untuk mengenakan seseorang dalam apa cara sekali pun.
Di bawah ini merupakan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang
pemuda di Amerika Syarikat, di mana dia berpura-pura sebagai lelaki yang
tidak berkepala yang kemudiannya singgah di kaunter pandu lalu di
beberapa rangkaian restoran makan segera.
Tujuannya hanya satu iaitu untuk melihat reaksi serta tindak balas pekerja di restoran berkenaan terhadap gurauannya itu
Seperti yang dijangka kebanyakan pekerja itu berasa terkejut dan
seakan takut-takut untuk menyerahkan makanan yang dipesan oleh jejaka
tadi.
Jika anda berada dalam situasi seperti mereka, apa pula reaksi anda ya?
Jom layan dulu video ini untuk menghilangkan kebosanan anda di pejabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan