Rabu, 30 Oktober 2013

32 tahun tak bercukur

RAM menghabiskan masa kira-kira dua jam setiap hari untuk merapi misainya.
Jaipur: Seorang lelaki kelahiran Jaipur di Rajasthan, India kini berbangga kerana tindakannya menyimpan misai selama 32 tahun - tanpa pernah sekali pun dipotong - membolehkan dia terkenal di seluruh dunia.
Hasil kesabarannya itu, Ram Singh Chauhan, 58, memiliki misai sepanjang 4.27 meter (14 kaki).
Kini Ram menganggap misainya itu sebagai “harta paling berharga” untuk dirinya.
Sepanjang 32 tahun menyimpan misai itu, Ram biasanya menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk proses merapi. 
Atas kelebihan itu juga membuka peluang kepada Ram muncul dalam satu daripada filem James Bond, Octopussy.Kata Ram, menyimpan misai panjang sama seperti menjaga seorang bayi yang perlu diberi perhatian penuh pada setiap masa.
“Untuk mendapatkan misai sepanjang ini, saya perlu bersabar dan banyak berkorban.
“Ia bukan tugas yang mudah,” katanya.
Setiap pagi, katanya, tugas pertama yang dilakukan ialah melumur misai dengan minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak almond.
Ram tidak menggunakan syampu atau sabun untuk membersihkan misai itu kerana yakin keberkesanan bahan herba.
“Selepas selesai saya menyisir misal ini sehingga kemas dan menggulungnya,” katanya.
Seminggu sekali, kata Ram, dia membuat ‘rawatan’ lain menggunakan kaedah semula jadi.
“Saya tak pernah menggunakan produk komersial,” katanya. 

Ditanya mengenai kegemarannya menyimpan misai, Ram berkata, ia bermula sejak dia berusia belasan tahun. 
Sejak 1970, katanya, dia tidak pernah menggunakan pisau cukur atau menggunting misainya. 
Ketika itu, kata Ram, dia tidak berniat apa-apa pun, malah tidak terfikir untuk memecahkan sebarang rekod.
Katanya, misai adalah sebahagian tradisi penduduk setempat dan dihargai sejak beberapa abad lalu.
“Misai ini simbol kebanggaan dan penghormatan seorang lelaki.
“Pada zaman silam di India, misai adalah segala-galanya,” katanya. 
Selepas mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness, kini Ram berdepan masalah sejak beberapa tahun lalu. 
Katanya, dia risau kerana kadar pertumbuhan misainya mula perlahan.- metro

Isnin, 21 Oktober 2013

4 pengantin luar tabii

(DARI KIRI) Helen, Janis, Maxwell dan Felix.
London: Seorang lelaki yang pada asalnya wanita berkahwin dengan pasangannya yang sebelum ini seorang lelaki dalam perkahwinan pelik, lapor media semalam.
Acara itu menjadi lebih unik apabila pasangan terbabit diapit suami isteri yang pernah menjalani pembedahan menukar jantina juga.

Pada awalnya perkahwinan di antara pengantin ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Felix dengan ‘isterinya,’ Helen Fenlon adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Britain.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal sepasang ‘suami isteri’ lain, Janis dan Maxwell Burr.

Pasangan Burr itu mengaku berkahwin pada malam tahun baru 2005. Hasil inspirasi daripada ketabahan Felix dan Helen yang melangsungkan perkahwinan secara umum, Janis dan Maxwell meminta pasangan Fenlon itu menjadi pengapit ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan untuk kali kedua, baru-baru ini.
Selepas majlis itu, Janis, 45, yang juga pembantu pekerja sosial dan dulunya dikenali sebagai Ian berkata, Maxwell ialah teman sejiwanya.
Janis memberitahu, dulu dia sering memakai pakaian kakaknya ketika berusia enam tahun. Janis juga menabung sehingga £10,000 (RM51,034) untuk menjalani pembedahan penukaran jantina pada 2003.

Sementara itu, Maxwell, 71, adalah pesara tukang masak yang dulunya bernama Mary sebelum bertemu dan jatuh cinta pada Janis ketika bercuti pada 2002. Dia menjalani pembedahan menukar jantina beberapa bulan selepas Janis melakukannya. Apabila undang-undang meluluskan perkahwinan golongan seperti mereka pada 2005, kedua-duanya lalu melangsungkan perkahwinan.
Maxwell berkata, acara perkahwinan itu cukup bersejarah buat mereka.

“Melangsungkan perkahwinan kali kedua di Pusat Sivik Scunthorpe memang menakjubkan. Saya seolah-olah bagaikan di syurga,” katanya dalam satu kenyataan. -
metro

Sabtu, 19 Oktober 2013

Gol ‘Berhantu’ Pemain Bayern Leverkusen Cetus Perdebatan


Rakaman video ‘gol berhantu’ yang membawa kemenangan 2-1 kelab Bayern Leverkusen ke atas Hoffenheim yang berlangsung di Rhein-Neckar Arena, Sinsheim  semalam.
Gol aneh yang ‘dijaringkan’ oleh pemain, Syefan Kiessling itu sekaligus membawa kelabnya menaiki tangga Bundesliga di Jerman.
Apa tidaknya, gol kedua pada minit ke-69 itu menjadi kontroversi apabila bola yang ditanduk pemain itu di tepi luar jaring tiba-tiba masuk ke dalam gawang.
Riak terkejut bukan sahaja dapat dilihat pada wajah penjaga gol, malah Kiessling sendiri kelihatan agak ‘hairan’ dengan jaringannya itu.
Seperti yang dijangka, gol itu dibantah oleh pengurus Hoffenheim yang mengatakan bahawa kemenangan itu merupakan satu skandal.
Bola itu dikatakan mengenai salah satu ruang jaring yang longgar sekaligus menyebabkan ia masuk ke dalam gawang.
“Itu bukan gol, tiada dua cara untuk itu. Kami akan membantah,” tegasnya.
Bagaimanapun, pengadil perlawanan, Brych berkata, sewaktu ia berlaku, tiada siapa yang membantah gol tersebut.
“Saya sendiri keliru dengan apa yang berlaku, namun jelas sekali tiada sebarang reaksi bantahan dari pemain terhadap keputusan saya.
“Saya bertanya kepada Kiessling. Tiada siapa termasuk dia mengatakan ia bukan gol. Bola itu berada di dalam gawang dan ia adalah gol yang sah,” jelasnya.
Jadi, apa yang kami boleh simpulkan di sini, itu memang rezeki Bayer Leverkusen. Kalau sudah tersurat begitu, ruang sebesar lubang tikus pun boleh masuk - sumber

Sabtu, 12 Oktober 2013

Video: Cat Kereta Boleh Berubah Warna Apabila Terkena Air

Pelbagai innovasi khususnya pada kenderaan terus dikembangkan. Kali ini sebuah syarikat paint shop British, Auto Kandy, mampu merubah warna kereta dengan cepat jika terkena air.

Dipetik dari Worldcarfans, sebuah video mendemonstrasikan reaksi cat 'ajaib' ke atas sebuah kereta Nissan R33 Skyline ketika disiram air.

Lantas, kereta sport buatan Jepun yang pada awalnya berwarna orange berubah menjadi hitam, seperti kereta terbakar. Tapi tunggu, setelah air habis dan kering, warna asli dari cat kereta akan timbul kembali.

Inovasi dengan teknologi ini masih dikatakan amat jarang. Namun, dianggarkan lambat laun akan semakin popular dikalangan peminat after market.

Pasti reaksi ini akan membuatkan atau cemas pemilik tempat pencuci kereta. Sebab, ketika air disiram kereta akan kelihatan luntur. bagaimana jika orang melihatnya ketika hujan turun? - sumber

Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?



PASIR PANJANG - Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.

Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.

Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.

Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.

Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.

Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.

"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.

“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.
“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.
“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.
“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.
Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan. sumber

Khamis, 3 Oktober 2013

VIDEO: Pencuri Seluar Dalam Wanita Paling Kelakar Di Dunia Dari Melaka!


MANUSIA ni memang mempunyai macam-macam perangai pelik, antaranya mencuri seluar dalam wanita.
Tetapi jarang kita ketahui bagaimana ia dilakukan, sedar-sedar bila nak ambil pakaian di ampaian, ia dah lesap entah kemana.
Di Lorong Pandan, Melaka baru-baru, rakaman CCTV berjaya menunjukkan ‘modus operandi’ si pencuri seluar dalam ini.
Rupa-rupanya dia sendiri tidak memakai seluar dalam.
Mula-mulanya dia melondehkan seluar pendek yang dipakainya sebelum menghampiri seluar dalam yang tergantung di ampaian.
Kemudian dia mengambil seluar dalam yang hendak dicurinya itu lalu memakainya. (Lihat minit ke 1:25)
Perbuatan itu diulangnya berkali-kali, dalam rakaman CCTV ini, tak kurang dari lima helai seluar dalam wanita disarungnya satu persatu.
Kemudian dia berlalu begitu saja tanpa dengan muka tak bersalah.
Entah apalah yang dia nak buat dengan seluar-seluar dalam wanita tu, nak dijual tak laku.
Mungkin juga untuk memuaskan nafsu sonsangnya…macam-macam…..-sumber