Sabtu, 19 Oktober 2013

Gol ‘Berhantu’ Pemain Bayern Leverkusen Cetus Perdebatan


Rakaman video ‘gol berhantu’ yang membawa kemenangan 2-1 kelab Bayern Leverkusen ke atas Hoffenheim yang berlangsung di Rhein-Neckar Arena, Sinsheim  semalam.
Gol aneh yang ‘dijaringkan’ oleh pemain, Syefan Kiessling itu sekaligus membawa kelabnya menaiki tangga Bundesliga di Jerman.
Apa tidaknya, gol kedua pada minit ke-69 itu menjadi kontroversi apabila bola yang ditanduk pemain itu di tepi luar jaring tiba-tiba masuk ke dalam gawang.
Riak terkejut bukan sahaja dapat dilihat pada wajah penjaga gol, malah Kiessling sendiri kelihatan agak ‘hairan’ dengan jaringannya itu.
Seperti yang dijangka, gol itu dibantah oleh pengurus Hoffenheim yang mengatakan bahawa kemenangan itu merupakan satu skandal.
Bola itu dikatakan mengenai salah satu ruang jaring yang longgar sekaligus menyebabkan ia masuk ke dalam gawang.
“Itu bukan gol, tiada dua cara untuk itu. Kami akan membantah,” tegasnya.
Bagaimanapun, pengadil perlawanan, Brych berkata, sewaktu ia berlaku, tiada siapa yang membantah gol tersebut.
“Saya sendiri keliru dengan apa yang berlaku, namun jelas sekali tiada sebarang reaksi bantahan dari pemain terhadap keputusan saya.
“Saya bertanya kepada Kiessling. Tiada siapa termasuk dia mengatakan ia bukan gol. Bola itu berada di dalam gawang dan ia adalah gol yang sah,” jelasnya.
Jadi, apa yang kami boleh simpulkan di sini, itu memang rezeki Bayer Leverkusen. Kalau sudah tersurat begitu, ruang sebesar lubang tikus pun boleh masuk - sumber
>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan