Selasa, 25 November 2014

hati-hati di jalan raya.



Selasa, 7 Oktober 2014

Tolong periksa telinga korang ya...



Ahad, 28 September 2014

Jalanraya Sibuk Tapi Selamat



Khamis, 28 Ogos 2014

Lelaki masih hidup selepas kepala tertusuk pancang besi

BEIJING - Seorang lelaki masih hidup walaupun kepalanya ditembusi pancang besi yang terjatuh ketika dia mengubah suai rumahnya di wilayah Guangxi baru-baru ini, lapor MailOnline kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ho, 50, tertusuk besi sepanjang lebih setengah meter di bahagian kanan dahi dan menembusi rahang kirinya baru-baru ini.
Ketika kejadian, Ho sedang mengubah suai rumahnya apabila tertusuk pancang besi tersebut.
Beberapa doktor yang merawat lelaki itu berkata, mereka terkejut melihat mangsa bukan sahaja masih hidup tetapi berada dalam keadaan sedar ketika di bawa ke sebuah hospital di wilayah ini.
Doktor-doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian besi itu sebelum membuat satu pembedahan rumit bagi mengeluarkan objek daripada kepala mangsa.
Seorang doktor berkata, Ho bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai otak atau organ penting lain yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mati.
"Keadaan pesakit kini semakin baik dan dia mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi," katanya. - kosmo

Selasa, 26 Ogos 2014

Oh! Kanak-kanak dan seekor anjing



Isnin, 25 Ogos 2014

Kekurangan bukanlah menjadi suatu halangan


Dipos oleh Vyrec.

Khamis, 19 Jun 2014

Oh! Ferris Wheel Manual

Hebat mereka ni, tak perlu guna elekrik. Hanya guna tenaga manusia sahaja untuk main kincir ni.

Rabu, 4 Jun 2014

DI MANA SEBENARNYA GAMBAR-GAMBAR DALAM GEREJA NI?


Ini gambar-gambar yang sedang viral di dalam Facebook.

Ada yang kata, kejadian ini berlaku di Malaysia. Tetapi lebih ramai yang berkata, kes ini berlaku di Indonesia dan tidak ada kena-mengena langsung dengan Malaysia.

Bagaimanapun, ada pula pendapat yang mengatakan, walaupun ia mungkin berlaku di Indonesia, tetapi ia juga berlaku di Malaysia sepertimana yang berlaku di Taiping dua tahun lalu. Pembaptisan dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan dibuat di kawasan-kawasan air terjun, tempat perkelahan, lata mahupun tempat mandi-manda. Tujuannya adalah untuk mengelirukan pandangan awam umat Islam.



Juga kejadian di Taiping, berlaku juga pengedaran Buku Bible kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Kes berkenaan bocor dan diketahui ramai, tetapi ada pula pihak yang tidak mahu membesar-besarkannya bagi mengelakkan masalah perkauman dan konflik keagamaan di negara ini.

Ahli Parlimen Taiping adalah NGA KOR MING yang juga merupakan salah seorang daripada pendakwah Katholik yang cukup aktif, dan seringkali apabila berceramah di pentas PAS, akan menggunakan ayat-ayat al Quran bagi menimbulkan kekaguman dan kepercayaan terhadap dirinya.



Seorang lagi pendakwah Katholik yang juga Ahli Parlimen DAP Perak adalah Ong Kian Min. Individu ini juga kerap berceramah dan menggunakan ayat-ayat al Quran selain membuat tafsiran ayat-ayat al Quran dengan sewenang-wenangnya dalam usaha mengelirukan umat Islam, khususnya yang kuat menyokong Pakatan Rakyat.

Diharapkan pihak-pihak berkuasa di Malaysia tidak memandang ringan kewujudan gambar-gambar ini serta aliran AGAMA LIBERAL dan PLURAL yang dikembangbiakkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang melihat ISLAM adalah SAMA SEPERTI AGAMA-AGAMA LAIN.



Gambar ini pula merupakan manifestasi daripada MENTAL DISORDER melibatkan seorang remaja wanita. Penjelasan yang diberikan oleh saudara terdekatnya, mengesahkan bahawa remaja tersebut sebenarnya tidak tahu apa yang dilakukannya.

Justeru, tidak menghairankan apabila dia mengisytiharkan dia kini keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian-Yahudi.

Yang menjadi masalahnya ialah, ada ke agama Kristian-Yahudi di dunia ini? sumber

Gadis Bertudung Murtad Beramai-Ramai Di Gereja Berita PALSU

Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.
Gadis Bertudung Konon Murtad Ramai-Ramai Berita PALSU
Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.
DSCN1623
Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.
bukti
Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. - MYNEWSHUB.

Khamis, 22 Mei 2014

Zoo tawar urutan ular sawa Burma


CEBU - FILIPINA. Sebuah zoo di Filipina menawarkan urutan badan secara percuma kepada pengunjungnya, lapor portal Daily Mail.

Meskipun percuma, pengunjung yang mahu menikmatinya perlu mempunyai keberanian tinggi untuk mencubanya kerana mereka akan 'diurut' oleh empat ekor ular sawa Burma yang sangat besar.

Ular sawa yang diberi nama Michelle, Walter, EJ dan Daniel akan dibawa keluar dari sangkar dan diletakkan atas badan seorang pengunjung yang berbaring di pondok buluh berdekatan pintu masuk zoo untuk satu-satu masa.

Sesi selama 15 minit itu akan diperhatikan penjaga zoo.

Namun aktiviti ini bukan untuk orang yang menghidapi lemah jantung kerana ular sawa sepanjang 5 meter itu boleh membelit mangsa sehingga mati.

Malah tiada jalan keluar apabila sesi 'rawatan' itu sudah bermula.- 

Khamis, 15 Mei 2014

Video: Gitaris terbaik masa kin...


disebabkan seronok sangat, haaaa kau! 
betullah pepatah orang tua dulu, jangan suka sangat, nanti berduka. haha

Isnin, 7 April 2014

VIDEO: Anak Kurang Ajar Tendang Ibu Dalam Program TV


LUBNAN – Anak kurang ajar. Sanggup menendang ibu sendiri di hadapan penonton yang menyaksikan program yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang bermatlamat menyatukan kedua-dua beranak itu.
Kejadian mengejutkan itu berlaku apabila Ahmed, 15, ditemukan dengan ibunya yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa, dalam program Bil Akeed.
Ahmed sebelum ini enggan bertemu dengan ibunya, yang telah bercerai dengan bapanya.
 Ketika pengacara cuba mencari jawapan kepada perpisahan berkenaan, wanita itu memberitahu bahawa dia bercerai dengan suaminya kerana lelaki itu kaki pukul.
“Malah dalam mahkamah juga dia menyerang saya, di hadapan hakim,’’ kata wanita tersebut.
Ahmed kemudiannya mula marah dan mempertahankan bapanya.
Keadaan ini menyebabkan ibunya menganggap Ahmed sebagai remaja yang `mabuk’.
Ia menyebabkan Ahmed mengamuk lalu naik ke atas meja dan menendang ibunya. Dia bagaimanapun telah ditarik dengan segera oleh kakitangan produksi.
Pada akhir program berkenaan, pengacara . Zaven Kouyoumdjian memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu tersebut.
Namun program itu dikecam hebat dalam media sosial - mynewshub


Khamis, 3 April 2014

AMARAN! Jangan Jawab Nombor Telefon Ini: 03- 2178 8888


ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.
Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.
MCMC sedang menyiasat kes ini.
Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.
*Apa itu spoofing?
Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.
Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.- mynewshub

Isnin, 31 Mac 2014

VIDEO: Suami Curang Dimarahi Isteri Dalam Bas -”This One Got No Money One”


KANTOI. Itulah perkataan yang sesuai untuk lelaki ini apabila isterinya dapat menghidu kecurangannya dengan seorang wanita yang jauh lebih muda.
Video yang dirakamkan di dalam sebuah bas di Singapura ini menyaksikan si isteri memarahi suaminya yang lebih banyak berdiam diri kerana malu.
Antara ayat-ayat yang kedengaran dari mulut wanita itu kepada suaminya ialah:
“Eh, anak kat rumah dah banyak kau nak buat macam ni? Tak tau malu ke apa?”
Agak melucukan apabila wanita itu memberitahu kekasih suaminya bahawa lelaki itu tidak mempunyai wang sebelum mereka bertiga turun dari bas tersebut bersama-sama.
Rasa-rasanya, apa yang akan berlaku selepas itu? Anda fikirkan sendiri - mynewshub

Selasa, 25 Mac 2014

Kehilangan MH370 Akan Kekal Misteri Selama-Lamanya!

www.mynewshub.my

Pakar industri penerbangan beranggapan andai kotak hitam penerbangan MH370 ditemui pun, ada kebarangkalian misteri yang menyelubungi kehilanganya tidak akan terjawab sampai bila-bila.
Mengikut laporan AFP mereka percaya perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit tidak mungkin menjawab tentang teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.
Benar… banyak persoalan yang tidak mungkin terjawab semata-mata berdasarkan rakaman perbualan itu sahaja.
Antaranya… sukar untuk difahami mengapa ia melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam…
Sukar untuk difahami juga mengapa ia diterbangkan di bawah radar…untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak?
Tidak ada panggilan kecemasan dibuat… Mengapa? Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat.
Semua petanda memperlihatkan ia dirampas dan perkara itu disahkan pasukan penyiasat kerajaan.
Namun, pada masa yang sama… tidak ada sebarang tuntutan wang atau politik pun yang dibuat…MENGAPA?
Seolah-olah ia dilarikan dari laluan asal semata-mata untuk ditamatkan hayatnya di Lautan Hindi.
Tetapi, mengapa perlu mengambil risiko untuk terbang rendah masuk kembali ke semenanjung Malaysia andai niat di hati adalah untuk menjunam di Lautan Hindi?
Kalau laut yang dicari… mengapa tidak terus ke Lautan Pasifik? Dengan itu tidak perlu terbang rendah bawah radar… Mengapa harus ke Lautan Hindi?
Kalau hendak kata kapal itu terbakar… takkan dari pukul 1 pagi sampai 8 pagi ia terbakar?  Ping terakhir ke satelit adalah pukul 8.11 pagi… bermakna ia masih terbang antara masa ia hilang hubungan ke waktu ping terakhir.
Semuanya tidak masuk akal… sebab itu kehilangan MH370 adalah misteri terhebat industri penerbangan dunia.
Apabila kita berhadapan dengan suasana yang begitu kompleks… maka gerak kerja kita pun tidak boleh teratur. Menghukum kerajaan Malaysia sebagai lemah dan sebagainya hanyalah sikap ‘benci semua yang kerajaan buat’ semata-mata dan bukannya memberikan ruang secara rasional bersandarkan realiti kejadian.
Pada masa ini, cabaran terbesar Malaysia adalah untuk mendapatkan kotak hitam kapal tersebut bagi mula mendapatkan petunjuk-petunjuk penting untuk menentukan punca kapal terbang itu hilang selepas ia bertolak dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac.
Perjalanan yang mengelirukan itu… rasanya akan kekal sebagai misteri selama-lamanya….MYNEWSHUB

Khamis, 27 Februari 2014

TAHUKAH ANDA..!!! Kisah Kapal TITANIC Tengelam Termaktub Di Dalam Surah YASSIN.

Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

SUBHANALLAH..!

Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 40 hingga ayat ke 43 :

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

40. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

41. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ

42. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ

43. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR..!!

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :

”Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..”.

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.

”Hasil” dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ”mangsa” Titanic.- siemens

Rabu, 26 Februari 2014

VIDEO: Terjun Longkang Lepas ‘Kantoi’ Meragut

Seorang lelaki melakukan kesilapan besar apabila turun ke dalam longkang besar selepas dikejar orang ramai yang menyaksikannya meragut seorang warga emas di pasar Sin Onn, Tawau, Sabah.
Kemungkinan besar, suspek menyangka masih terdapat jalan keluar namun dia akhirnya akur apabila tidak dapat ke mana-mana.
Orang ramai yang menunggu di tebing serta disertai oleh anggota polis berpakaian preman kelihatan kurang sabar dan mulai menjerit-jerit menyuruhnya naik ke atas selepas suspek pada mulanya kelihatan berdegil dan masih mencari-cari jalan untuk melepaskan diri.
Akhirnya, suspek hanya naik selepas orang ramai semakin berang dan mula membaling batu ke arahnya selain menjerit supaya dia segera ditembak.
Pemeriksaan mendapati terdapat pisau bersama suspek berkenaan sebelum dia dibawa ke balai polis berhampiran.
Satu yang pasti, kalaulah tiada anggota polis di tempat kejadian lelaki terbabit sudah pasti lunyai dikerjakan orang ramai yang kelihatan terlalu marah padanya. -mynewshub

Rabu, 19 Februari 2014

Azabnya Jadi Model Di China…Hanya Makan Telur Rebus Untuk Kurus

China – Bukan mudah untuk menjadi model di China. Ini kerana ukuran badan akan diambil setiap minggu dan jika terdapat banyak `lemak’ di paha, maka model tersebut hanya boleh makan telur rebus sahaja selama 10 hari.
Jika gagal menurunkan berat badan, maka agensi modeling itu akan menggugurkan nama model tersebut dalam peragaan pakaian.
Perkara itu didedahkan oleh Meredith Hattam yang menulis mengenai latihan keras untuk menjadi model di China, dalam blognya, Fashionista.
images
Menurut Hattam, sepanjang beberapa tahun di China, ukuran badannya diambil setiap hari Isnin oleh agensi dan jika sukatan pinggan, punggung dan paha melebihi 3 sentimeter, maka dia boleh dibuang dan dihantar pulang ke negara asalnya di Amerika Syarikat.
Peraturan ketat ini juga dilaksanakan ke atas model seawal usia 14 tahun dan mereka akan dihalau keluar daripada apartmen yang disediakan agensi jika pinggul atau dada mereka membesar, selaras dengan usia baligh.
6a00d83451b2f269e200e551911a1f8834-800wi
Hattam turut mendedahkan bagaimana dia terpaksa berlapar bagi memastikan fizikalnya sebagai model tidak berubah.
Dia juga menceritakan bagaimana dia dan 12 orang model yang lain tinggal dalam sebuah apartment yang kecil namun mereka terpaksa membayar sebanyak £300 sebulan.
china-modeling-modelagency-guanzhou-9
“Saya tidak mempunyai tilam pun untuk tidur, hanya kerusi panjang. Apabila model mendapat duit ketika membuat peragaan, 40 peratus daripadanya akan diambil oleh agensi, manakala selebihnya digunakan untuk kehidupan harian.
“Apabila kami meninggalkan China, kami tidak mempunyai simpanan,’’ katanya.
Hattam turut memberitahu, salah seorang daripada model daripada agensinya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keletihan kerana terpaksa bekerja 15 jam sehari dalam tempoh dua bulan.
ESEE
“Ketika berada di hospital, dia menerima pesanan daripada agensi yang menyatakan mereka mengalami kerugian disebabkan dia tidak boleh membuat peragaan.
“Selain itu, kadar bunuh diri di kalangan model juga tinggi termasuk seorang model berusia 22 tahun dari Brazil yang terjun dari bangunan pada tahun baru,’’ katanya.
Hattam kini telah berhenti daripada menjadi model dan kembali ke Amerika Syarikat, dan bekerja sebagai pereka grafik - mynewshub

Ahad, 16 Februari 2014

Wanita Cedera Mangkuk Tandas Meletup


SEBUAH mangkuk tandas di sebuah bar tiba-tiba meletup dan mencederakan seorang wanita yang baru sahaja duduk di atasnya.
Kejadian yang berlaku di Barcelona itu dipercayai akibat mampatan gas metana yang terkumpul di dalam mangkuk tandas tersebut.
Menurut pihak bomba, tandas tersebut terlalu kotor selain mempunyai masalah pengalihan udara.
Sebaik sahaja wanita itu memetik suis lampu tandas, ia mencetuskan percikan api pada gas dan menyebabkan letupan.
Wanita itu kini dirawat di hospital kerana mengalami kelecuran darjah ketiga di kedua-dua belah kakinya dan luka akibat serpihan porselin mangkuk tandas yang pecah - mynewshub

Jumaat, 7 Februari 2014

VIDEO: Aksi Kemaruk Nak Jadi Artis - hebat!!

Rabu, 5 Februari 2014

[GAMBAR] BAS Skuad JDT KEMALANGAN Berlanggar Dengan Kereta MyVi


Skuad Piala Presiden Johor mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pahang hari ini.

Perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) akan diadakan pada Jumaat ini.

Di laporkan tiada kecederaan yang serius dikalangan skuad Johor.


Ahad, 26 Januari 2014

Video: mat rempit nk tunjuk skill tak jadi..


Dipos oleh Vyrec.

Khamis, 9 Januari 2014

Gambar: Aksi Terlampau Celah Ampaian

Apabila perasaan malu dah tak ada, maka soal moral dicampak ke tepi.
Itulah yang berlaku pada pasangan muda yang tergamak bermesra tanpa mengira tempat seperti dalam gambar di bawah.
1
2
3
4
5
Insiden yang berlaku di China ini menunjukkan aksi sepasang kekasih yang melakukan gurauan terlampau di tempat awam iaitu di sebalik ampaian kain.
Ia dipercayai dirakam oleh penduduk flat berkenaan yang ‘berbulu’ mata melihat perlakuan mereka.
Mungkin mereka feeling macam adegan dalam filem romantik agaknya?
Yang tak tahan tu, aksi mesra diteruskan walaupun selepas seorang nyonya mengangkat kain jemuran sekaligus menampakkan perlakuan mereka.
Parah, parah.. sumber