Rabu, 26 Februari 2014

VIDEO: Terjun Longkang Lepas ‘Kantoi’ Meragut

Seorang lelaki melakukan kesilapan besar apabila turun ke dalam longkang besar selepas dikejar orang ramai yang menyaksikannya meragut seorang warga emas di pasar Sin Onn, Tawau, Sabah.
Kemungkinan besar, suspek menyangka masih terdapat jalan keluar namun dia akhirnya akur apabila tidak dapat ke mana-mana.
Orang ramai yang menunggu di tebing serta disertai oleh anggota polis berpakaian preman kelihatan kurang sabar dan mulai menjerit-jerit menyuruhnya naik ke atas selepas suspek pada mulanya kelihatan berdegil dan masih mencari-cari jalan untuk melepaskan diri.
Akhirnya, suspek hanya naik selepas orang ramai semakin berang dan mula membaling batu ke arahnya selain menjerit supaya dia segera ditembak.
Pemeriksaan mendapati terdapat pisau bersama suspek berkenaan sebelum dia dibawa ke balai polis berhampiran.
Satu yang pasti, kalaulah tiada anggota polis di tempat kejadian lelaki terbabit sudah pasti lunyai dikerjakan orang ramai yang kelihatan terlalu marah padanya. -mynewshub
>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan