Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam
di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa
kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar
bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang
dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.
SUBHANALLAH..!
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji
sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik
Surah Yaasin ayat ke 40 hingga ayat ke 43 :
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
40. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah
bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
41. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti
bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan
alat-alat pengangkutan umumnya.
وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
42. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka
tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
43. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami
dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.
ALLAHUAKBAR..!!
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa
berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward
J.Smith yang berkata :
”Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman
lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah
gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..”.
Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.
”Hasil” dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar
hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar
bagi hampir 1500 orang ”mangsa” Titanic.- siemens
Khamis, 27 Februari 2014
Rabu, 26 Februari 2014
Kemungkinan besar, suspek menyangka masih terdapat jalan keluar namun dia akhirnya akur apabila tidak dapat ke mana-mana.
Orang ramai yang menunggu di tebing serta disertai oleh anggota polis berpakaian preman kelihatan kurang sabar dan mulai menjerit-jerit menyuruhnya naik ke atas selepas suspek pada mulanya kelihatan berdegil dan masih mencari-cari jalan untuk melepaskan diri.
Akhirnya, suspek hanya naik selepas orang ramai semakin berang dan mula membaling batu ke arahnya selain menjerit supaya dia segera ditembak.
Pemeriksaan mendapati terdapat pisau bersama suspek berkenaan sebelum dia dibawa ke balai polis berhampiran.
Satu yang pasti, kalaulah tiada anggota polis di tempat kejadian lelaki terbabit sudah pasti lunyai dikerjakan orang ramai yang kelihatan terlalu marah padanya. -mynewshub
Rabu, 19 Februari 2014
China – Bukan mudah untuk menjadi model
di China. Ini kerana ukuran badan akan diambil setiap minggu dan jika
terdapat banyak `lemak’ di paha, maka model tersebut hanya boleh makan
telur rebus sahaja selama 10 hari.
Jika gagal menurunkan berat badan, maka agensi modeling itu akan menggugurkan nama model tersebut dalam peragaan pakaian.
Perkara itu didedahkan oleh Meredith
Hattam yang menulis mengenai latihan keras untuk menjadi model di China,
dalam blognya, Fashionista.
Menurut Hattam, sepanjang
beberapa tahun di China, ukuran badannya diambil setiap hari Isnin oleh
agensi dan jika sukatan pinggan, punggung dan paha melebihi 3
sentimeter, maka dia boleh dibuang dan dihantar pulang ke negara asalnya
di Amerika Syarikat.
Peraturan ketat ini juga
dilaksanakan ke atas model seawal usia 14 tahun dan mereka akan dihalau
keluar daripada apartmen yang disediakan agensi jika pinggul atau dada
mereka membesar, selaras dengan usia baligh.
Hattam turut mendedahkan bagaimana dia terpaksa berlapar bagi memastikan fizikalnya sebagai model tidak berubah.
Dia juga menceritakan bagaimana dia dan
12 orang model yang lain tinggal dalam sebuah apartment yang kecil namun
mereka terpaksa membayar sebanyak £300 sebulan.
“Saya tidak mempunyai tilam pun untuk
tidur, hanya kerusi panjang. Apabila model mendapat duit ketika membuat
peragaan, 40 peratus daripadanya akan diambil oleh agensi, manakala
selebihnya digunakan untuk kehidupan harian.
“Apabila kami meninggalkan China, kami tidak mempunyai simpanan,’’ katanya.
Hattam turut memberitahu, salah seorang
daripada model daripada agensinya terpaksa dimasukkan ke hospital akibat
keletihan kerana terpaksa bekerja 15 jam sehari dalam tempoh dua bulan.
“Ketika berada di hospital, dia menerima
pesanan daripada agensi yang menyatakan mereka mengalami kerugian
disebabkan dia tidak boleh membuat peragaan.
“Selain itu, kadar bunuh diri di
kalangan model juga tinggi termasuk seorang model berusia 22 tahun dari
Brazil yang terjun dari bangunan pada tahun baru,’’ katanya.
Hattam kini telah berhenti daripada menjadi model dan kembali ke Amerika Syarikat, dan bekerja sebagai pereka grafik - mynewshub
Ahad, 16 Februari 2014
Kejadian yang berlaku di Barcelona itu dipercayai akibat mampatan gas metana yang terkumpul di dalam mangkuk tandas tersebut.
Menurut pihak bomba, tandas tersebut terlalu kotor selain mempunyai masalah pengalihan udara.
Sebaik sahaja wanita itu memetik suis lampu tandas, ia mencetuskan percikan api pada gas dan menyebabkan letupan.
Wanita itu kini dirawat di hospital kerana mengalami kelecuran darjah ketiga di kedua-dua belah kakinya dan luka akibat serpihan porselin mangkuk tandas yang pecah - mynewshub
Jumaat, 7 Februari 2014
Rabu, 5 Februari 2014
Skuad Piala Presiden Johor mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pahang hari ini.
Perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) akan diadakan pada Jumaat ini.
Di laporkan tiada kecederaan yang serius dikalangan skuad Johor.
Langgan:
Catatan (Atom)