Selasa, 28 Mei 2013

GAMBAR: Usaha Menyelamatkan Bayi Yang Dipam Melalui Lubang Tandas

Kita dikejutkan dengan berita seorang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua, China selepas dipam melalui lubang tandas.
Kejam, sungguh kejam mereka yang melakukan jenayah tersebut! - <sumber>








Isnin, 27 Mei 2013

Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..

Berjalan Atas Tali Setinggi 185 Meter


FRANKFURT – Seorang lelaki berjalan merentasi tali sepanjang 30 meter pada ketinggian 185 meter di Jerman kelmarin dalam usaha mencipta rekod dunia walaupun dia takut pada ketinggian.
Reinhard Kleindl, 32, menggunakan hanya kedua-dua tangannya untuk mengimbangi diri semasa berjalan di atas tali yang diikat pada dua bahagian menara Tower 185 di sini.
Adegan lagak ngerinya disaksikan oleh beberapa ratus orang di perkarangan bangunan tersebut.
Warga Austria itu yang tidak dibantu abah-abah, melakukan aksi ngeri untuk mencipta rekod berjalan di atas tali paling tinggi di kawasan bandar.
Menurutnya, rekod kategori tersebut dipegang oleh seorang warga Perancis yang berjalan di atas tali setinggi 120 meter di antara laluan Menara Berkembar Les Mercuriales di Paris dua tahun lalu.
Selepas menamatkan aksi tersebut, Kleindl bersorak gembira dan mengaku dia takut pada ketinggian.
“Impak ketinggian ini pada diri saya lebih teruk daripada yang saya jangkakan,” kata warga Austria itu.
Setakat ini, pencapaian tersebut belum disahkan oleh badan rasmi sukan tersebut, Persekutuan Tali Pipih.- <sumber>

Rabu, 22 Mei 2013

Penduduk atur majlis pengebumian untuk kerbau jantan

BANGKAI seekor kerbau jantan diarak penduduk kampung ke kuburnya di daerah Leishan pada Ahad lalu.- REUTERS
BEIJING - Sejumlah penduduk mengebumikan bangkai seekor kerbau jantan di daerah Leishan, wilayah Guizhou, China pada Ahad lalu.
Haiwan berusia 28 tahun itu telah memenangi banyak pertandingan laga kerbau jantan sehingga ia dianggap sebagai wira di daerah tersebut.
Kerbau tersebut yang juga dikenali sebagai Raja Kerbau Jantan telah memenangi 11 kejuaraan sebelum ia bersara pada tahun 2009.
Bangkai haiwan itu juga diarak oleh penduduk yang mengangkatnya dengan menggunakan beberapa batang kayu sehingga ke lokasi tempat ia ditanam. - kosmo


Isnin, 20 Mei 2013

Video Wanita Dirasuk Di Konsert Terbuka


Seorang wanita yang pergi menyaksikan sebuah konsert telah dirasuk sehinggakan membuatkan orang awam di situ terpinga-pinga melihat keadaan dirinya yang berada dalam keadaan separa sedar seperti itu.
Wanita itu dirasuk sehinggakan dia seperti hilang arah malah boleh memanjat tiang yang terdapat di tapak konsert terbabit.
Akibat dirasuk, wanita itu menjadi agresif dan seolah-olah tidak kepenatan dengan aksinya itu.
Kelihatan juga di dalam video itu seorang pawang bersama sebotol air jampi mungkin dalam usaha merawat wanita itu supaya kembali sedar daripada dirasuk. - sumber

Guna playar cabut peluru di dahi


Moscow: Seorang tentera mendapat gelaran Terminator Russia selepas imejnya memaparkan peluru di dahinya dibuang dengan playar, merebak di Internet, semalam.
Klip video mengejutkan itu bermula dengan paparan jarak dekat kepala tentera terbabit dan menampakkan peluru secara jelas terlekat di dahinya. Seorang tentera lain kemudian membersihkan kawasan sekitar peluru itu dengan kain sebelum cuba menariknya dengan playar.

Jelas dalam keadaan terkejut, tentera terbabit tidak memberikan sebarang reaksi ketika beberapa cubaan awal membuang peluru itu gagal. Tentera itu akhirnya tersenyum apabila peluru itu dikeluarkan tidak lama kemudian. Dipercayai dia terbabit dalam insiden tembak-menembak di antara tentera Russia dengan pejuang Chechen dan senjata yang digunakan ialah raifal AK-47.
Klip itu dipercayai dirakamkan ketika perang melanda wilayah Chechnya pada 2000 sebelum ia merebak dengan meluas minggu lalu. - Metro



Jumaat, 17 Mei 2013

Enjin Motorsikal Guna Gergaji Rantai



Kuasa gabungan 24 enjin gergaji rantai DOLMAR telah dipasang pada motorsikal transmisi 5-kelajuan, Harley Davidson dengan siri 12 belting bergigi. Untuk digunakan pada sebuah motorsikal, enjin gergaji rantai tersebut telah pun menjalani sesi ubahsuai bagi memberi kuasa sebanyak 5.2 kW (7.1 PSI) pada 10,000 rpm.

Kuasa tork maksimum yang boleh disampaikan adalah sebanyak 5.5 Nm pada 7750 rpm. Apabila kesemua 24 enjin gergaji rantai ini digabungkan, hasilnya adalah sebuah enjin berkuasa 24-silinder dengan anjakan sebanyak 1.9 liter, output kuasa sebanyak 125 kW (170 PSI) dan 130 Nm tork pada emparan klac.

Setiap sisi pada motorsikal tersebut akan mempunyai 12 enjin yang diletakkan secara dua baris, iaitu sebanyak 6 enjin di bahagian bawah dan 6 enjin lagi di bahagian atas.











[18SG] GAMBAR MAYAT PENGGANAS KIRAM



Sumber : Wikipedia

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.

Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.

Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.















Rabu, 15 Mei 2013

POKOK BIBIR MERAH

Psychotria elata, dikenali sebagai Bibir Hooker atau Hot Lips bentuk yang menyerupai dua bibir berwana merah terang.Tumbuhan pelik ini ditemui di kawasan hutan hujan tropika Tengah dan negara-negara Amerika Selatan seperti ColombiaCosta RicaPanama dan Ecuador,bentuk Psychotria Elatra yang menarik,telah menarik agen pendebungan termasuk hummingbirds dan rama-rama








Mut’ah Dengan Adik Sendiri Di Hotel Gelap



Kisah benar seorang penganut Syiah di Indonesia yang sangat benci ketika ada orang yang mengutuk Syiah dan sekarang ini dia sangat benci dengan Syiah.

Ditanyakan kenapa boleh jadi demikian.

Dia menjawab, ketika dia menuntut ilmu di Iran, dia mempunyai sahabat iaitu orang tempatan Iran dan sudah tentunya akidahnya adalah Syiah.

Sahabatnya itu memperkenalkan suatu tempat yang setiap malam Jumaat selalu dijadikan sebagai tempat nikah mut'ah. Sahabatnya itu kerap datang ke tempat tersebut.

Tapi ada suatu yang ganjil dari proses nikah mut'ah tersebut. Setiap malam Jumaat, semua lampu dalam hotel tersebut dimatikan. Alasan pemilik hotel,  supaya masyarakat yang melakukan nikah mut'ah di tempat tersebut tidak saling mengenali dan jika bertemu di siang hari tidak malu.

Si sahabatnya itu ingin tahu. Sudah beberapa kali dia nikah mut'ah namun tidak mengetahui dengan siapa dia bersetubuh.

Kemudian dia mempunyai idea pada saat ijab-qobul (dalam suasana gelap), dia memberi cincin sebagai mas kawin dan agar selalu dipakai oleh wanita tersebut.

Setelah aqad persetubuhan selesai, dia pulang ke rumah nya dan wanita itu menunggu menjelang siang hari untuk pulang.

Pada awal pagi dia pergi ke hotel tersebut dan mencari wanita-wanita yang dia mut'ahi pada malam harinya.

Dia mencari perempuan yang memakai cincin dan setelah dapat dapat dia mengesan dan membuka hijab perempuan tersebut, dia sangat terkejut.

Wanita yang disetubuhinya semalam adalah adiknya sendiri yang juga sedang menuntut pengajian di situ.

Dari peristiwa hitam tersebut dia sangat menyesal, dan begitu merasa bersalah.

Setelah kejadian tersebut banyak yang terbongkar dengan siapa mereka mut'ah (bersetubuh), ada yang bersama sepupunya, bahkan ada yang bersetubuh dengan ibunya sendiri. Naudzubillah. 

Wajah Hancur Digigit Anjing Jenis Pitbull

 Jika anda seorang yang tidak boleh melihat gambar-gambar ngeri, disarankan agar tidak melihat gambar yang bakal disiarkan ini.
Menurut sumber, sebahagian wajah lelaki ini hancur apabila dia digigit oleh seekor anjing liar jenis Pitbull.
Dashyat sungguh gigitan anjing itu.  Walaupun wajahnya hancur teruk, namun lelaki itu tetap bernasib baik apabila nyawanya tidak terancam disebabkan gigitan tersebut.
Dalam sebuah laporan lain, lelaki ini dikatakan cuba membunuh dirinya sendiri namun cubaannya itu gagal.
Lelaki ini juga dikatakan sempat mendapatkan bantuan ambulans untuk merawat kecederaan parah di mukanya itu.
Pengajarannya di sini, jangan sesekali cuba mengambil nyawa sendiri kerana kelak anda akan menyesal tak sudah seperti lelaki ini.





Selasa, 14 Mei 2013

Sayu,Syahdu,indah


Perompak Dibogel, Dibakar Oleh Orang Awam


Seorang wanita, Alejandra Maria Torres yang merupakan salah seorang ahli kumpulan penjahat yang mahu merompak penumpang bas di Guatemala telah berjaya ditangkap oleh orang awam yang menyaksikan kejadian itu.
Akibat perbuatannya itu, Torres telah dibogelkan, dipukul serta disiram dengan minyak oleh penduduk di sana dengan tujuan untuk membakar dirinya.
Walau bagaimanapun, Torres bernasib baik apabila pihak polis berjaya memadamkan api yang sedang membakar dirinya ketika itu.
Torres kemudiannya telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahannya cuba merompak manakala tiga lagi rakan subahatnya telah berjaya melarikan diri.
Kejadian orang awam mengambil tindakan sendiri dengan menghukum pesalah sering kali berlaku di Guatemala dan adakah tindakan mereka ini juga merupakan satu jenayah yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana?




<<sumber>> 


SUBHANALLAHHH..!!! INILAH SIFAT MUJAHID BUMI PALESTIN..!!!



Cuba tengok lelaki Palestin ini. Walaupun tangannya putus akibat serangan puak rejim Zionis Yahudi Israel laknatullahi 'alaihim, bibirnya begitu merdu mengalunkan Al-Quran tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami...

Begitulah sifatnya seorang mujahid Islam di akhir zaman ini. Saudara kita di Palestin dibedil dan diserang tak kira masa dan waktu. Manakala kita di Malaysia ini tidak bersyukur dengan keamanan yang kita ada. Malah ada pulak yang suka cetus huru-hara...!

Cuba tengok video kat bawah ni. Aku kagum dengan semangat jihad saudara kita ni. Frankly, sebak aku tengok penderitaan dia... cuba bayangkan kalau kita ditempat mujahid ini.. mampukah kita mengalunkan ayat Al-Quran lagi ketika itu...? 


<<sumber>>


Jumaat, 10 Mei 2013

Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri




LAHORE, Pakistan - Seramai tiga orang terjun dari Plaza LDA yang terbakar di sini semalam sebagai usaha untuk menyelamatkan diri.
Dua daripada tiga orang itu cedera selepas mereka terjun dari tingkat tujuh.
Mereka kemudian dirawat di sebuah hospital.
Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang terjun itu mati di tempat kejadian.
Lima buah jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Sejumlah orang dilaporkan terperangkap di dalam bangunan setinggi 13 tingkat itu ketika kebakaran tersebut bermula di tingkat tujuh dan lapan.
Beberapa buah helikopter turut digunakan untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terperangkap akibat kebakaran tersebut.
Empat orang terbunuh dalam kejadian itu.
Punca kejadian masih belum diketahui.

Khamis, 9 Mei 2013

Ritual Gali Kubur Dan Mandikan Rangka Nenek Moyang

Upacara kuno kaum Batak Karo mungkin kelihatan mengerikan, tetapi membasuh rangka ahli keluarga yang telah mati adalah satu tradisi yang suci dan diamalkan sejak berabad-abad lalu. Keluarga suku kembali ke kubur nenek moyang mereka untuk menghormati tulang saudara tercinta, dikebumikan di lereng bukit di utara Sumatera, Indonesia. Suku Batak Karo membersihkan rangka sebelum meletakkan dalam keranda baru dan meletakkan dalam sebuah rumah yang dibina khas tengkorak, yang dikenali sebagai geritan.











Rabu, 8 Mei 2013

SEKOLAH AGAMA KAMPUNG KUDONG BEKOK

SEKOLAH INI TELAH DIBUKA PADA 1 APRIL 2013
HANYA SEORANG GURU BESAR YANG BERTUGAS
MURID SERAMAI 18 0RANG
WAKTU SEKOLAH SESI PETANG
MENUMPANG DI BANGUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUDONG

klik <<sini>>

USTAZ NAZAM BIN MOHNI
GURU BESAR





LENCANA SEKOLAH AGAMA KAMPUNG KUDONG