Jumaat, 17 Mei 2013

Enjin Motorsikal Guna Gergaji Rantai



Kuasa gabungan 24 enjin gergaji rantai DOLMAR telah dipasang pada motorsikal transmisi 5-kelajuan, Harley Davidson dengan siri 12 belting bergigi. Untuk digunakan pada sebuah motorsikal, enjin gergaji rantai tersebut telah pun menjalani sesi ubahsuai bagi memberi kuasa sebanyak 5.2 kW (7.1 PSI) pada 10,000 rpm.

Kuasa tork maksimum yang boleh disampaikan adalah sebanyak 5.5 Nm pada 7750 rpm. Apabila kesemua 24 enjin gergaji rantai ini digabungkan, hasilnya adalah sebuah enjin berkuasa 24-silinder dengan anjakan sebanyak 1.9 liter, output kuasa sebanyak 125 kW (170 PSI) dan 130 Nm tork pada emparan klac.

Setiap sisi pada motorsikal tersebut akan mempunyai 12 enjin yang diletakkan secara dua baris, iaitu sebanyak 6 enjin di bahagian bawah dan 6 enjin lagi di bahagian atas.











>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan