Ahad, 24 Mac 2013

7 lelaki dibunuh dengan kejam

Mexico: Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais. Satu pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan, negeri Michoacan berbunyi: “Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri, penculik, penyerang seks dan pemeras ugut.” Tujuh mayat yang mempunyai kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan motif pembunuhan itu.

seterusnya klik gambar

>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan