Isnin, 25 Mac 2013

Anzalna Sudah Bersedia Mahu Kahwin

Pelakon yang sedang mencipta nama menerusi lakonan, Anzalna Nasir, 25, mendedahkan yang dia sudah bersedia untuk berkahwin.
Walaupun perlbagai golongan termasuk lelaki berpangkat Datuk cuba menghimpit dirinya, namun dia enggan melayan lelaki jenis itu kerana beranggapan golongan ini hanya mahu keseronokkan.

Anzalna Sudah Bersedia Mahu Kahwin 

Menurut Anzalna yang dipetik dari Utusan, dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama kekasih hatinya, Hanif Zaki.
Namun, perlukan masa untuk mempersiapkan diri kira-kira setahun lagi untuk membuat persiapan kerana tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.
Cerita Anzalna lagi, dia sebenarnya mensasarkan untuk berkahwin pada umur 26 tahun.
Jika terlewat daripada umur itu pun, dia yakin Hanif memahami dirinya.
Anzalna kini muncul dalam drama bersiri ‘Bangkitnya Seorang Perempuan’ yang bersiaran di TV3 pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam.

 
>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan