Isnin, 18 Mac 2013

Sultan Johor sumbang RM100,000 kepada tabung wira PDRM


Sultan Johor sumbang RM100,000 kepada tabung wira PDRM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan peribadi kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dihulurkan kepada keluarga wira-wira negara yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Cek sumbangan RM100,000 bagi membantu meringankan bebanan keluarga anggota keselamatan itu disampaikan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil kepada Ketua Polis Johor Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini

sumber:>> KOSMO <<

 




>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan