KUALA TERENGGANU 25 Mac - Pasukan pakar perubatan Hospital Sultanah
Nur Zahirah (HSNZ) berjaya menyambung semula kemaluan seorang bapa dan
anaknya yang putus selepas dikerat oleh pemuda itu semalam, ekoran
ajaran sesat dipelajarinya melalui internet.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K.
Manoharan berkata, pihak hospital bagaimanapun belum dapat memastikan
sama ada kemaluan yang disambung pada hari sama itu boleh berfungsi
seperti biasa.
Menurut beliau, suspek berusia 40-an dikatakan kini stabil manakala
bapanya yang berusia 67 tahun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi
(ICU) hospital tersebut.
"Kami akan memastikan suspek ditahan reman dan disoal-siasat sebaik
sahaja dia pulih sepenuhnya, selain merujuk lelaki itu kepada pakar
psikiatri.
"Polis juga mungkin membawa kes ini untuk rujukan pakar agama kerana
kita tidak tahu sejauh mana pengaruh yang telah dibawa oleh suspek.
"Pada masa sama, polis akan menyiasat ahli keluarga lain untuk
mengetahui pembabitan mereka memandangkan mangsa telah dipukul sebelum
kemaluannya dipotong," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi semalam di Felda Kerteh 6,
Ketengah Jaya, Dungun di sini, suspek yang dipercayai mempelajari ilmu
sesat telah memotong kemaluan bapanya sebelum kemaluannya sendiri.
Suspek dikatakan turut menyuruh abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki itu melarikan diri. -
sumber <UTUSAN> @ klik Gambar
>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan