Ahad, 24 Mac 2013

Potong kemaluan gara-gara ilmu sesat

KUALA TERENGGANU 24 Mac - Gara-gara mempelajari ilmu sesat menerusi Internet, seorang lelaki sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, suspek yang berusia 40 tahun dikatakan turut menyuruh abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.
Difahamkan, suspek pada mulanya hanya mahu membuatkan bapanya menangis bagi mengeluarkan semangat Imam Nawawi daripada badan bapanya namun gagal sebelum bertindak memukul dan memotong kemaluan bapanya itu dengan menggunakan pisau. 



>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan